Megalodon wujud ke?
Nama megalodon bukan satu nama yang asing lagi, apatah lagi banyak pengusaha filem-filem tersohor dunia juga menghasilkan filem yang berinspirasikan dari megalodon.
Megalodon atau ikan jerung yang bersaiz gergasi seperti ala haiwan di zaman purba atau dinosour ini, menjadi topik menarik di kalangan pakar pengkaji dunia untuk mengesahkan kewujudan haiwan mitos ini.
Tetapi selain keinginan untuk mengesahkan kewujudan haiwan gergasi ini di laut dalam ini, apa sebab lain yang membuatkan para pengkaji tidak berhenti mencari dan begitu taksub dengan megalodon ini?
Ikuti rangkumannya di bawah.
Raksasa Pra Sejarah
- Foto – Arkib Wanista
Salah satu sebab mengapa ramai saintis berminat mengkaji ikan jerung ini adalah kerana, ia merupakan salah satu haiwan dari zaman pra sejarah.
Kewujudan ikan jerung megalodon ini kenalpasti menerusi penemuan fosil gigi dan rahang ikan jerung yang besar di sekitar negara Jepun hingga ke Amerika Syarikat.
Saiz Luar Biasa Yang Mengejutkan
- Foto – Pinterest
Penemuan fosil gigi dan rahang yang bersaiz luar biasa ini mengejutkan ramai pihak, terutama para saintis dan pakar ekologi kehidupan laut marin.
Mahu Lihat Secara Realiti
- Foto – Web Top News
Meski kewujudan megalodon di zaman purba mendapat pengesahan dan pengikhtirafan ramai saintis dunia, tetapi ia tidak dapat melawan rasa keinginan untuk melihat haiwan pra sejarah ini di depan mata.
Justeru itu, banyak pasukan dan kajian di tubuhkan bagi mencari dan mengesan ikan jerung raksasa ini di laut dalam.
Megalodon Lagi Hebat Dari Great White Shark Dan T-Rex
- Foto – Pinterest
Ramai sedia maklum bahawa jerung putih (great white shark), merupakan haiwan laut yang paling besar di zaman moden ini.
Saiz jerung putih yang boleh membesar sehingga sebesar bas sekolah ini, sebenarnya tidak sehebat ikan jerung megalodon yang hidup sekitar dua juta tahun lalu.
Malah saintis juga berpendapat haiwan dinosour seperti t-rex (tyrannosaurus rex) juga tidak sekuat dan sehebat megalodon.
- Foto – Pinterest
Jika saintis berjaya menemui kewujudan ikan jerung raksasa pada zaman moden ini, tak boleh bayangkan apa akan berlaku pada ekosistem laut dan manusia sejagat jika megalodon berkeliaran di permukaan laut.
Pastinya mengerikan!