“Cantik sangat mekap kau, nampak natural. Macam tak pakai mekap.”
Terus kembang bila mendengar pujian tentang mekap flawless. Soalannya mekap apa yang digunakan?
Milani Screen Queen Foundation
Anda menggunakan telefon 24/7. Memang itu hak anda, tapi kulit anda mungkin mengalami kesannya akibat cahaya biru yang datang dari peranti yang boleh menyebabkan kerosakan serius.
- Milani Screen Queen Foundation. Foto – Arkib Wanista
What’s the deal with this Milani Screen Queen Foundation? Dicipta untuk memberi anda kulit yang sempurna, asas ringan mengaburkan ketidak sempurnaan untuk kemasan kulit yang sekata dan bercahaya.
Dibuat dengan Digital Bluelight Filter™ Technology, formula membantu mengatasi tanda-tanda kerosakan digital – kusam, perubahan warna & hiper-pigmentasi, untuk memastikan kulit anda berada dalam tahap yang baik walaupun lama berdepan dengan skrin.
- Foto – Arkib Wanista
Hasil Kajian
- 100% setuju kulit kelihatan bercahaya secara semula jadi
- 97% bersetuju bahawa kulit kelihatan lebih terjaga dan dihidupkan semula
- 97% bersetuju bahawa kulit mereka lebih berseri daripada biasa
- 94% setuju kulit kelihatan cerah sempurna
- Tekstur ringan tidak terlalu tebal, selesa apply ke muka. Foto – Arkib Wanista
Tersedia dalam 10 pilihan warna mengikut tona kulit masing-masing. Harga runcit hanya RM72 dan boleh didapati di semua Watsons.