Tabiat menopang dagu mungkin terdengar remeh. Tetapi benda yang kita rasa remeh ternyata membawa padah dan bahaya.
Berapa kerapkah anda menyokong dagu dengan tangan di wajah? Setiap kali anda melakukan perbuatan ini, kotoran dari tangan anda mengalir ke wajah. Menjadikan wajah anda kotor dan boleh menyebabkan bakteria pada wajah.
Risiko Pada Kulit Sensitif Dan Berjerawat
Lebih-lebih lagi bagi anda yang mempunyai jerawat atau kulit sensitif. Tabiat menopang lagu tidak digalakkan untuk anda.
- Foto – Health
“Sama sahaja seperti perbuatan menyentuh wajah. Tabiat menopang dagu akan memindahkan kotoran, serta meregangkan kulit. Mula dari dagu dan terus merebak ke area lain.
“Jadi, jangan letakkan wajah anda di tangan anda. Kerana tapak tangan anggota paling kotor penuh dengan bakteria.
Dr. Neal juga mengatakan bahawa meletakkan tangan di wajah anda boleh membuat jerawat anda lebih teruk.
“Setiap sentuhan berulang secara langsung dapat menyumbang kepada penyumbatan jerawat dengan mendorong minyak, kotoran, dan sel mati ke dalam pori-pori,” jelas Dr. Neal Schultz, pakar dermatologi.
- Foto – Cleeveland
Tak sangkakan? Kebiasaan biasa yang sukar untuk dibuang mendatangkan bahana pada kita. Jadi, selepas ini cuba secara perlahan elak tabiat menopang dagu. You can do it!