Rindu nak masuk rumah hantu? Tapi ekoran penularan pandemik yang dilalui pada ketika ini, mana-mana taman tema hatta rumah hantu hanya dapat beroperasi di waktu malam.
Tapi jangan sedih, kerana Sunway Lagoon bawakan Day Light Fright (DLF) yang mana pengunjung dapat merasai kejutan memasuki rumah hantu di waktu siang!
Day Light Fright, Menyajikan Pengalaman Menakutkan Di Waktu Siang
Siapa yang pernah mengikuti Night Of Fright (NOF) di waktu malam sebelum ini, pastinya terbayang-bayang pengalaman mendebarkan tatkala memasuki rumah hantu di Sunway Lagoon pada waktu malam bukan.
- Foto – Arkib Wanista
Tapi kali ini Sunway Lagoon bawakan pengalaman yang serupa di waktu siang kepada pengunjung, ada yang rasa tidak gerun masuk rumah hantu waktu siang?
Fikirkan semula, kerana taman tema ini akan berubah 360 darjah menjadi tempat yang menyeramkan sempena menyambut hari Halloween yang bakal tiba nanti.
Alami Ketakutan Yang Mengejutkan Dengan Tarikan Misteri
Untuk makluman semua Day Light Fright yang bakal di buka pada bulan Oktober ini nanti, akan menampilkan tiga rumah hantu, satu teater hantu, insta spot dan juga lebih 90 tarikan menarik di enam kawasan dalam taman tema ini.
Alami pengalaman yang mengejutkan dengan berkunjung ke Horrwood Studio, Scarytales Theater, Zombie Lockdown dan Sharknado Alive pada bulan Oktober ini nanti.
Day Light Fright Tukar Tarikh Pembukaan
- Foto – Sunway Lagoon
Sunway Lagoon Malaysia memutuskan untuk menangguhkan pembukaan Day Light Fright pada 3 Oktober 2020 kepada 17 Oktober 2020, ekoran terdapat satu kes positif di pusat membeli-belah Sunway Pyramid.
Bagi yang telah membeli tiket, jangan khuatir kerana Sunway Lagoon akan memanjangkan tempoh tamat tiket masuk taman tema kepada pengunjung yang telah membeli tiket tersebut.
Tarikh Tiket Di Panjangkan
Bagi yang telah membeli tiket taman tema melalui kaunter dan di laman web rasmi Sunway Lagoon, pengunjung boleh email di [email protected] atau hubungi di talian 03-56390000 bagi mendapatkan pertanyaan bagi melanjutkan tarikh tamat tempoh tiket dan juga sebarang pertanyaan lain yang berkaitan.
Day Light Fright akan diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad bermula dari 17 Oktober 2020 hingga 15 November 2020 ini nanti, akan memperketatkan lagi SOP dan penjarakan sosial di samping menikmati keseronokan berlibur di Sunway Lagoon.
Nikmati Semua Tarikan DLF Dengan Harga Berbaloi
Bagi yang belum membeli tiket Day Light Fright lagi harga tiket untuk warganegara bagi dewasa adalah RM133, bagi warga emas dan kanak-kanak pula adalah RM108 pengunjung boleh dapatkan tiket di sini.
Manakala bagi bukan warganegara harga tiket bagi dewasa adalah RM202, bagi warga emas dan kanak-kanak pula adalah RM170, pengujung boleh dapatkan tiket kemasukan di sini.
Harga yang berbaloi untuk merasai ke semua tarikan di dalam taman tema Day Light Fright kecuali bagi aktiviti Bungy Jump,G-Force X, Go Kart dan Skuba Diving.
Nantikan pengalaman yang menakutkan di Sunway Lagoon Day Light Fright, yang akan bermula 17 Oktober ini nanti.