Siapa sangka di sebalik kehijauan yang meliputi di tanah seberang ini tersembunyinya kampung albino, yang mana penduduknya merupakan antara yang paling ramai memiliki genetik berkulit putih tersebut.
Kampung Ciburuy yang terletak di Barat Jawa, Indonesia ini menyimpan sejarah keluarga yang memiliki genetik albino sejak dari zaman Kerajaan Pasundan atau Kerajaan Sunda Galuh lagi.
Albino Asli Indonesia
- Foto – Arkib Wanista
Individu albino di kampung Ciburuy ini merupakan keturunan asli Barat Jawa Indonesia, difahamkan sejarah silam nenek moyang mereka juga merupakan individu albino sejak dahulu lagi.
Orang Putih Indonesia
- Foto – Arkib Wanista
Dari orang dewasa, kanak-kanak hingga ke bayi mereka mempunyai tubuh badan yang putih, manakala kening, bulu mata dan rambut pula berwarna blonde.
Individu albino di kampung ini juga di gelar sebagai orang putih Indonesia oleh penduduk setempat, atau di panggil orang bule (orang kulit putih).
Albino Yang Diwarisi
- Foto – Arkib Wanista
Albino di kampung Ciburuy ini mewarisi genetik yang dibawa oleh datuk dan nenek moyang sehingga ke hari ini, sehingga kini terdapat lebih kurang 10 keluarga mewarisi genetik ini yang tergolong dari orang dewasa, dan kanak-kanak.
Kampung Albino Ciburuy Terpelihara
- Foto – Arkib Wanista
Tidak seperti kampung albino di pelosok negara lain, yang di buru dan di bunuh kerana faktor diskriminasi dan kepercayaan karut.
Tetapi di kampung Ciburuy, Barat Jawa Indonesia ini, penduduk albinonya di pelihara dan di lindungi dari sebarang kekejaman dan penindasan yang sering berlaku pada albino luar negara.
Bagi yang tak tahu Albino di kampung Ciburuy Barat Jawa Indonesia ini, merupakan jumlah albino yang paling ramai di tanah seberang.
Bukan itu saja, Indonesia juga dikenali sebagai salah satu negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang harmoni berasimilasi dengan penduduk berketurunan albino. Hebat bukan?