Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Living

Sumpah Sama Aktres Baru Jelmaan Puteri Diana Dalam Netflix “The Crown”

by Lisa Aina
October 1, 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak diumumkan pendatang baru Emma Corrin bakal manjadi Puteri Diana dalam siri Netflix “The Crown”, dunia tertumpu padanya. Boleh ke dia menghidupkan watak Puteri Diana?

Emma Corrin akan memainkan watak Lady Diana Spencer, yang akan menjadi Puteri Diana selepas perkahwinannya dengan Putera Charles dalam The Crown musim keempat.

“Emma adalah bakat baru yang menarik minat kami selepas dia melakukan ujibakat watak Diana Spencer. Selain mempunyai kecantikan semulajadi dan personaliti terpuji, dia miliki ciri-ciri wanita yang disegani dan aura yang kami inginkan dalam Diana, ” jelas pencipta The Crown, Peter Morgan.

IKLAN
Foto – Tatler

Akhirnya Netflix mengeluarkan foto teaser untuk musim keempat siri The Crown. Kelihatan Emma Corrin sebagai Diana di waktu muda sedang melakukan tugasan sebagai seorang puteri kesayangan rakyat.

Raut wajah, pandangan mata yang redup, potongan rambut, serba-serbi sempurna. Gadis muda ini betul-betul berjaya menghidupkan bayangan Lady Diana.

Emma Corrin sebagai Lady Diana

Foto – Tatler
Foto – Tatler
Foto – Tatler
Foto – Tatler

Untuk musim ini, Emma berpeluang mengenakan gaun pengantin ikonik Lady Diana. Gaun dianggap evergreen dengan rekaan lengan beropol dan mantel (the train) labuh lebih dari tujuh meter panjang yang direka oleh David dan Elizabeth Emmanuel.

Foto – Tatler

Musim keempat mengetengahkan latar masa tahun 1977 hingga 1990 menampilkan pengenalan Puteri Diana serta pemerintahan perdana menteri wanita pertama Britain, Margaret Thatcher (Gillian Anderson).

Netflix “The Crown” musim keempat bakal menemui peminat pada 15 November 2020 nanti.

Tags: emma corrinemma corrin jadi puteri dianaemma corrin lady dianagambar emma corrinnetflix the crownputeri dianathe crown
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan