Di Johor terdapat 17 laporan mengenai gerakan pengikut Hizbut Tahrir yang menganggu-gugat keharmonian di negeri Johor khususnya.
Pergerakan Hizbut Tahrir Malaysia ini dilihat aktif di negeri Johor dengan lebih kurang 80 pengikut fahaman telah dikesan, yang mana pengikut-pengikut fahaman ini terdiri daripada golongan profesional dan juga penuntut universiti awam.
Melihat gerakan daripada pengikut Hizbut Tahrir ini semakin berleluasa, ini antara fakta mengenai gerakan ini yang perlu kita ketahui.
Fahaman Bercanggah Dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah
- Foto – Arkib Wanista
Hizbut Tahrir mempunyai fahaman dan pegangan yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, dan perkara ini perlu di pandang serius.
Berikut merupakan ideologi dan fahaman gerakan Hizbut Tahrir yang bercanggah atau menyimpang dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, yang di petik daripada e-Sumber Maklumat Fatwa (e-SMAF):
- Pemerintah, ahli parlimen dan para ulama Islam kesemuanya kafir serta harus diperangi kerana menerima sistem kufur.
- Negara-negara Islam semuanya negara kafir kerana berhukum dengan sistem kafir dan haram menyertai sistem kerajaan sekarang.
- Mendakwa sistem di negara Islam moden sebagai sistem kufur.
- Menghukum demokrasi sebagai sistem kufur.
- Menafikan istilah “Al-Qadha’ Wa Al-Qadar”.
- Aurat seorang wanita dengan mahramnya adalah aurat mughallazah.
- Pengikut harus menonton filem seks.
- Mencium wanita bukan mahram tanpa maksud berzina.
- Haram mengasaskan pertubuhan kebajikan dan lain-lain.
Memegang Fahaman Tabanni
- Foto – Google
Gerakan Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) ini berlandaskan pemikiran Tabanni iaitu mewajibkan penganutnya akur dengan sebarang ketetapan yang telah ditetapkan oleh kumpulan ini.
Selain itu, Hizbut Tahrir juga menyatakan mana-mana dakwah yang tidak berjaya selepas 23 tahun berdakwah, adalah salah dan perlu ditukar caranya.
Miliki 80 Pengikut Fahaman
- Foto – Clipart Station
Berdasarkan laporan dan penyiasatan yang dilakukan oleh pihak polis lebih kurang 80 pengikut Hizbut Tahrir di kesan, dan ada dikalangan pengikut gerakan ini terdiri dari golongan berpendidikan dan profesional.
Skudai, Johor Merupakan Markas HTM
- Foto – Arkib Wanista
Difahamkan kumpulan Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) ini menjadikan markas mereka di Skudai, Johor sebagai pusat penyebaran fahaman dan ideologi kepada orang ramai dan merekrut ahli sebagai pengikut fahaman mereka.
Mula Aktif Sejak 2005
Diambil dari Bernama, difahamkan gerakan fahaman Hizbut Tahrir Malaysia ini telah lama aktif sejak 2005 lagi, dan bergerak secara senyap bagi mengumpul pengikut dan menyebarkan fahaman dikalangan orang ramai.
HTM Bukan Pertubuhan Berdaftar
Dipetik daripada Berita Harian, bahawa Jabatan Mufti Johor yang mewakili Jawatankuasa Fatwa negeri menegaskan bahawa Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) bukan pertubuhan berdaftar, dan mengingatkan gerakan ini supaya tidak membuat kenyataan yang boleh menyebabkan kekeliruan dan perpecahan dalam masyarakat.
- Foto – Google
Buat masa sekarang tiada tangkapan dilakukan ke atas pengikut Hizbut Tahrir, meski pihak polis menerima banyak laporan.
Apa-apa pun, di harap semua orang lebih berhati-hati dan tidak terpedaya dengan hebahan serta dakyah yang cuba disebarkan oleh pengikut kumpulan ini.