Tahukah filem “After” di Netflix merupakan kisah Harry Styles. Heronya Hardin Scott yang dilakonkan oleh Hero Fiennes Tiffin merupakan budak jahat yang jatuh cinta dengan pelajar perempuan Tessa Young.
Filem ini berdasarkan fiksyen peminat One Direction yang ditulis oleh Anna Todd.
- Foto – Arkib Wanista
Tapi bukan tentang kesahihan cerita Harry Styles yang ingin penulis bicara tapi heronya.
Lord Voldermort Muda
Untuk pengetahuan anda, Hero merupakan Tom Riddle waktu muda dalam “Harry Potter and the Half-Blood Prince.” Tom Riddle adalah Lord Voldermort, tak percayakan… Tak sangka dia dah besar panjang sekarang.
- Foto – Pinterest
Ketika memainkan watak Lord Voldermort kecil, Hero berusia sekitar 11 hingga 12 tahun pada masa itu.
- Foto – Pinterest
Ada Darah Seni Mengalir
Dilahirkan pada 6 November 1997, ternyata jejaka 22 tahun ini bukan biasa-biasa. Hero adalah anak pengarah filem George Tiffin dan Martha Fiennes. Dia juga anak saudara kepada aktor tersohor Ralph Fiennes dan Joseph Fiennes.
Ternyata darah seni yang mengalir membawa keuntungan kerana lakonannya dalam filem “After” mendapat kritikan positif, serta menjadi heartthrob sensasi internet (moment dia bertentangan mata cukup mencairkan penonton).
Hero Fiennes Tiffin Sekarang
- Foto – Arkib Wanista
- Foto – Arkib Wanista
- Foto – Arkib Wanista
- Tak sangka dah besar, elok rupa parasnya. Nak stalk Hero, follow IG @hero_ft.