Jerawat merupakan musuh ketat wanita sejak azali lagi, masalah jerawat ini sering menghantui keyakinan diri dan membuatkan wanita tertekan dengan rupa yang dipenuhi jerawat.
Jadi bagaimana nak atasi masalah jerawat ini dengan berkesan, kerana masalah ini pasti akan berlaku lagi di masa akan datang.
Jangan stress-stress kerana penulis akan menyenaraikan jenis-jenis ubat jerawat yang ramai orang guna dan terbukti berkesan.
T3 Mycin Gel
- Foto – Arkib Wanista
Menurut dalam Risalah Maklumat Ubat untuk Pengguna (RiMUP), menyatakan ubat jerawat T3 Mycin Gel ini mengandungi clindamycin phosphate iaitu sejenis antibiotik lincosamide.
Antibiotik yang terdapat dalam ubat jerawat ini mampu mengurangkan jerawat, dan sekaligus menghentikan pertumbuhan bakteria kulit yang menyebabkan masalah jerawat berlaku di muka.
Harga lebih kurang dalam RM25 hingga RM30 untuk 25 gram [BELI], kalau beli secara dalam talian.
Nixoderm Ointment
- Foto – Arkib Wanista
Ubat jerawat dari jenama Nixoderm Ointment ini, mengandungi bahan-bahan aktif yang mampu merawat masalah jerawat di muka wanita dengan berkesan.
Ini antara bahan yang terkandung dalam ubat salap ini menurut RiMUP, yang bagus dalam merawat masalah jerawat adalah:
- Asid Benzoik – membekalkan fungsi antikulat yang baik.
- Asid Salisilik – sejenis agen keratolitik yang membasmi dan mencegah jerawat.
- Precipitated Sulphur – bertindak sebagai antiseptik, antikulat dan parasitisid yang lembut.
Harga ubat jerawat ini dalam lingkungan RM6.50 untuk 5.34 gram dan RM10.50 untuk 17.7 gram [BELI], kalau beli secara dalam talian.
Aiken Tea Tree Oil Pimple Cream
- Foto – Arkib Wanista
Krim jerawat yang mengandungi minyak tea tree melaleuca alternifolia ini, mampu memulihkan masalah jerawat dengan mengecutkan jerawat dan juga mengurangkan minyak yang terhasil di muka.
Harga bagi ubat jerawat ini adalah lebih kurang RM10.50 untuk 20 gram [BELI], kalau beli secara dalam talian.
Hiruscar Anti-Acne Spot Gel
- Foto – Arkib Wanista
Ubat jerawat ini mengandungi asid salisilik yang merupakan sejenis agen keratolitik, yang boleh membasmi dan juga mencegah jerawat.
Harga bagi ubat jerawat ini dalam RM22 untuk 10 gram [BELI], kalau beli secara dalam talian.
OXY 5 Ance Pimple Medication
- Foto – Arkib Wanista
Ramai wanita yang menggunakan ubat jerawat dari jenama OXY ini, menyatakan ubat jerawat ini berkesan bagi merawat jerawat mereka.
Ia mengandungi benzoyl peroxide yang berfungsi untuk membasmi bakteria jerawat yang terdapat pada kulit dengan berkesan.
Harga bagi ubat jerawat ini dalam RM10.90 untuk 10 gram [BELI], jika membeli secara dalam talian.
- Foto – Health Grades
Melihat kandungan bahan yang terdapat dalam ubat jerawat ini, tidak hairanlah ramai wanita menggunakan ubat jerawat dari jenama yang penulis senaraikan di atas.
Kerana bahan-bahan yang terkandung dalam ubat ini, sememangnya berkesan dalam merawat dan juga mengurangkan masalah jerawat di kulit wajah wanita.
Jadi lepas ini kalau ada masalah jerawat, cari salah satu ubat jerawat yang penulis senaraikan di atas confirm hilang jerawat itu nanti.