Untuk mendapatkan khasiat tambahan pada kulit wajah, kita digalakkan untuk memakai masker muka. Itu rahsia kecantikan orang Korea dan kenapa mereka kekal glowing dan lembap.
Bukan glowing dan lembap kerana berminyak tapi nampak seri dan sihat di wajah, yang membuatkan kita teruja ingin miliki kulit yang sama.
Untuk itu, Herbalife Nutrition kembali dengan Siri Masker Muka Vitamin.
- Foto – Arkib Wanista
Siri Masker Muka Vitamin Herbalife Nutrition meliputi helaian topeng dalam tiga varian, Pelembap, Pencerah dan Pengental, di mana bagi memenuhi keperluan kulit yang berbeza.
Setiap masker muka diformulasikan dengan campuran vitamin proprietari yang unik, termasuk 12 Vitamin, Pokok Lidah Buaya (Aloe Vera), Garam Laut Jeju dan Ekstrak Beras Jeju, untuk membantu pengguna memperoleh kulit yang cantik dan sihat.
Masker Muka Vitamin Pelembap
- Foto – Arkib Wanista
Masker muka diformulasikan dengan campuran proprietari yang merangkumi asid hialuronik tiga rangkai, protein avokado terhidrolisis dan ekstrak Centella Asiatica. Ia menawarkan kesan pelembapan yang mampu bertahan sepanjang hari, menjadikan kulit lebuh terhidrat dan mulus.
Masker Muka Vitamin Pencerah
- Foto – Arkib Wanista
Diformulasikan untuk pengguna yang ingin menambah seri pada kulit normal atau kusam. Diperkayakan dengan Vita-Glow Complex, campuran proprietari yang terdiri daripada Niasinamida, Adenosina, Pearles Rosée dan Peptida Omija. Masker muka ini membantu menyokong keserian dan kecerahan kulit.
Masker Muka Vitamin Pengental
- Foto – Arkib Wanista
Untuk mereka yang mempunyai tekstur kulit normal, kering atau kasar, masker ini membantu mengentalkan dan menyihatkan kulit. Masker muka ini diperkayakan dengan serum dan bersertakan Vita-Lift Complex, campuran proprietari yang merangkumi Niasinamida, Adenosina, Biji Lupin dan ekstrak Ginseng Hitam.
Masker Muka Vitamin Pengental ini menyokong ketegangan dan keanjalan kulit, serta menawarkan penghidratan yang diperlukan oleh kulit kita.
Siri ini sudah tersedia di pasaran, dan anda boleh dapatkan di laman web rasmi mereka di sini.