Bagi yang dah menonton filem “Crazy Rich Asians” atau telah membaca novel ini, pasti terbayang dan tertanya-tanya siapakah sebenarnya golongan sosialit kaya di Asia ini.
Kalau nak tahu sebenarnya terdapat beberapa orang sosialit di Malaysia, dengan aset berbilion dan jutaan ringgit yang di gelar “Real-Life Crazy Rich Asians”.
Kehidupan yang dibanjiri dengan kemewahan sama ada ianya diwarisi ataupun hasil titik peluh sendiri, individu ini sememangnya layak di gelar “Real-Life Crazy Rich Asians” di Malaysia.
Nak tahu siapakah “Crazy Rich Asian” di Malaysia, jom terjah di bawah!
#1 Chryseis Tan
Wanita ini sangat dikenali dalam dunia sosialit, dirinya yang merupakan anak kepada Tan Sri Vincent Tan yang memiliki empayar perniagaan besar seperti Berjaya Corp ini tidak bernaung sepenuhnya di bawah nama bapanya.
Sebaliknya Chryseis memiliki perniagaannya sendiri dengan mengusahakan kafe franchise yang terkenal di Thailand, iaitu Greyhound Cafe dengan keuntungan yang berlipat kali ganda dan juga mengurus perniagaan keluarga.
Ibu kepada seorang anak ini juga merupakan isteri kepada SM Faliq Nasimuddin yang juga dari latarbelakang golongan sosialit.
#2 Kim Raymond
Wanita ini sering di lihat duduk di kerusi barisan hadapan tatkala pertunjukan fesyen diadakan, mungkin ramai yang tidak mengenai siapa wanita ini.
Kim Raymond merupakan anak kepada taikun perniagaan Malaysia iaitu Dato’ Sri Jeffrey Raymond. Kim Raymond merupakan bekas isteri kepada aktor kacak Keith Foo dan memiliki seorang anak perempuan yang sangat comel yang diberi nama Skylar Raymond Foo.
Wanita sosialit ini sangat terkenal dengan sentuhan fesyen yang tersendiri, dirinya juga seorang jururias dan juga berkecimpung dalam industri perniagaan makan dan minuman.
#3 Yen Kuok
https://www.instagram.com/p/CBiGR6BBfHn/
Wanita ini merupakan anak bongsu orang terkaya di Malaysia iaitu Robert Kuok, dilahirkan dari keluarga yang kaya raya ini tidak duduk di bawah naungan bapanya.
Yen Kuok berdiri di kaki sendiri dengan mengusahakan perniagaannya sendiri yang dikenali sebagai Guiltless, yang merupakan gedung fesyen dalam talian yang menampilkan koleksi fesyen yang mewah untuk golongan sosialit.
#4 Rebekah Yeoh
Wajahnya tidak asing lagi dalam dunia perniagaan dan kerja-kerja kebajikan amal, Rebekah Yeoh juga merupakan cucu perempuan Yeoh Tiong Lay yang merupakan pengasas YTL Corporation dan juga merupkan anak perempuan kepada Tan Sri Francis Yeoh yang merupakan Ketua Eksekutif YTL semenjak 1988.
Rebekah juga dikenali sebagai usahawan sosial yang sangat suka melakukan kerja-kerja komuniti, seperti menyelia program di Nimble Fingers Cambodia, Dignity For Children Foundation dan juga UBS 20/20 Group.
#5 Azlan Iskandar
Dirinya merupakan bekas atlet pemain squash negara, nama Azlan Iskandar sangat dikenali dalam dunia sukan dunia dengan menduduki tempat ke-10 pemain terbaik squash dunia sebelum bersara.
Bapa kepada tiga orang anak ini memiliki syarikat sukan sendiri iaitu Sportspin Athlete And Event Management. Bekas atlet kacak ini berkahwin dengan usahawan fesyen mewah iaitu Ung Yiu Lin.
#6 SM Nasarudin SM Nasimuddin
Nama yang tidak asing dalam dunia perniagaan automotif negara, SM Nasarudin SM Nasimuddin yang menjaga dan menyelia banyak projek-projek automotif, pembuatan, teknologi telekomunikasi dan perniagaan dalam industri lain.
Dirinya mewarisi perniagaan dari arwah bapanya Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin dan menjaga perniagaan keluarga.
Usahawan kacak kepada tiga orang anak dan suami kepada bekas pengacara televisyen iaitu Marion Caunter ini, juga terkenal dengan memiliki sentuhan yang unik dalam berfesyen.
Sememangnya enam individu ini sangat layak mendapat gelaran “Real-Life Crazy Rich Asians”, dengan latar belakang keluarga yang luar biasa dan aset perniagaan yang berjuta-juta dan berbilion ringgit ini membuatkan nama mereka sangat dikenali dalam dunia sosialit.
Pastinya ramai lagi individu sosialit yang orang ramai tak tahu, tapi cukuplah dengan beberapa orang sosialit yang ini untuk memenuhi kewujudan realiti golongan elit yang diperkatakan dalam novel.