Sebenarnya ramai juga yang pening kepala, macam mana cara nak pulang ke Malaysia masa pandemik mengikut aturan dan panduan yang betul.
Tapi jangan risau kerana YouTuber Siti Awe berkongsi pengalaman dan cara bagaimana pelajar atau individu yang bekerja di luar negara untuk pulang ke Malaysia semasa pandemik ini.
Jom ikuti caranya di bawah.
#1 Dokumentasi Yang Diperlukan Oleh Kerajaan Malaysia
Kamu memerlukan dokumen-dokumen tertentu untuk membolehkan kamu balik ke Malaysia, berikut adalah jenis-jenis dokumen yang diperlukan.
- Foto – Arkib Wanista
Letter Of Undertaking & Indemnity
- kamu memerlukan surat L.O.U (letter of undertaking and indemnity) atau dalam erti kata lain surat ‘aku janji’ yang menyatakan bahawa kamu hendak pulang ke Malaysia.
- Surat L.O.U yang telah siap disi boleh di hantar kepada kedutaan di Malaysia menerusi emel dan tunggu maklum balas.
Notis Perjalanan Dari Kedutaan
- Kemudian kedutaan yang dah dapat surat L.O.U ini akan beri maklum balas dengan mengeluarkan notis perjalanan (travel notice) kepada kamu.
- Foto – Arkib Wanista
Surat Tajaan (Kalau Ada)
- Bagi individu yang belajar di luar negara atas tajaan seperti contoh JPA, MARA, dan lain-lain, dapatkan surat kos kuarantin yang pihak tajaan akan menanggung kos kuarantin setibanya di Malaysia.
Muat Turun Aplikasi MySejahtera
- Kamu kena muat turun aplikasi MySejahtera
#2 Ikut Piawaian Yang Di Kehendaki Pihak Penerbangan
Sebelum pulang ke tanah air pastikan kamu memeriksa dahulu apa keperluan dan piawaian yang harus dijalani, sebelum menaiki pesawat penerbangan tersebut.
- Foto – Arkib Wanista
- Pilih jenis penerbangan dan ikuti segala syarat keperluan penerbangan tersebut.
- YouTuber Siti Awe dan suaminya memilih Qatar Airways kerana mereka tidak perlu melakukan ujian Covid sebelum menaiki pesawat.
- Bagi yang memilih untuk menaiki Emirates Airlines, kamu perlu menjalani ujian Covid dahulu sebelum dibenarkan menjadi penumpang pesawat.
#3 Ikuti Prosedur Yang Dah Ditetapkan Frontliners Setibanya Di Lapangan Terbang
Setibanya mendarat dan dah masuk ke balai ketibaan di lapangan terbang, kamu akan lihat terdapat banyak stesen-stesen yang di jaga oleh para frontliners Malaysia dan ikuti prosedur yang ditetapkan.
- Foto – Today Online
- Frontliners atau pegawai akan menyemak dokumentasi individu dan memeriksa sama ada dah muat turun aplikasi MySejahtera atau tidak, jika belum wajib muat turun.
- Harus imbas kod QR menggunakan aplikasi MySejahtera dan bukannya menggunakan kamera atau code reader.
- Kemudian apabila dah imbas akan keluar borang, dan kamu perlu isi serta lengkapkan semua borang tersebut.
- Lepas dah isi borang pastikan keluar notis warna merah iaitu Home Surveillance Order dan barulah kamu boleh pergi ke stesen-stesen lain pula.
#4 Stesen-Stesen Yang perlu Di Lalui
Selesai isi borang dalam MySejahtera dan dah dapat notis Home Surveillance Order, barulah pegawai benarkan kamu berjalan menuju ke stesen-stesen lain pula.
- Foto – New Straits Times
- Stesen pertama – perlu isi borang untuk ambil sample
- Stesen kedua – ambil barisan untuk beratur
- Stesen ketiga – kamu akan di swab untuk melakukan ujian Covid, pegawai akan masukkan alat swab di dalam lubang hidung dan juga di anak tekak.
- Stesen keempat – merupakan kaunter untuk kamu hantar surat L.O.U kepada pegawai.
- Stesen kelima – merupakan kaunter untuk membuat pembayaran ujian Covid, harga ujian bagi warganegara adalah RM150 dan bagi bukan warganegara RM250.
- Stesen keenam – selepas dah buat pembayaran, kamu perlu pergi ke bahagian imigresen.
Perhatian: bagi pelajar tajaan yang mendapat surat pihak tajaan yang akan menanggung kos pembayaran, kamu perlu serahkan surat tersebut kepada pegawai.
Selepas dah keluar dari imigresen kamu akan di beri beg goodies, kemudian bagi para pelajar kamu perlu mengisi borang dan semua orang berkumpul satu tempat untuk menaiki bas (untuk makluman bas akan bergerak apabila dah cukup orang).
#5 Hotel Dan Penginapan Untuk Kuarantin
- Foto – Arkib Wanista
Untuk pengetahuan semua, individu yang pulang dari luar negara ini tidak boleh memilih hotel atau tempat penginapan mengikut citarasa masing-masing.
Dan kamu juga tidak akan tahu hotel mana yang kamu akan menginap sampailah kamu dah sampai di KLIA dan bertanya kepada pegawai bertugas.
Harga penginapan hotel semalaman
- Bagi warganegara, harga untuk menginap semalaman adalah RM150
- Bagi bukan warganegara, harga untuk menginap semalaman adalah RM150 dan perlu membayar kos stesen kuarantin sebanyak RM2600.
- Tak kira dapat hotel lima bintang atau satu bintang sekalipun, inilah harga maksimum yang perlu individu yang balik dari luar negara perlu bayar untuk tidur semalaman di hotel yang disediakan.
Isu Berkaitan Penginapan
Banyak juga isu-isu mengenai penginapan yang dibangkitkan oleh individu yang balik dari luar negara ini.
Berikut adalah isu yang dibangkit seperti pasangan suami isteri boleh dapat satu bilik atau tidak, berapa pasangan tersebut perlu bayar dan bagi yang berkeluarga pula bagaimana.
Ini jawapannya berdasarkan perkongsian dari YouTuber Siti Awe.
- Foto – Arkib Wanista
- Suami isteri boleh dapat tinggal sebilik dan harga yang perlu di bayar oleh orang kedua (tak kira isteri atau suami) adalah sebanyak RM50 sehari, ini adalah bayaran untuk makanan sahaja.
- Satu bilik maksimum boleh muat dua orang dewasa dan seorang kanak-kanak kurang daripada 12 tahun.
- Tapi bagi yang mempunyai keluarga yang ramai, bergantung pada budi bicara pihak hotel untuk memberi bilik yang luas dan mempunyai kekosongan kepada keluarga tersebut.
#6 Dah Landed, Perlu Kuarantin Dulu
Ramai individu yang baru pulang dari luar negara complaint kenapa perlu kuarantin, untuk makluman semua orang tak kira rakyat Malaysia sendiri atau warga asing yang datang ke Malaysia perlu jalani kuarantin ini.
Supaya kerajaan dan kementerian kesihatan nak memastikan bahawa, individu yang baru balik dari luar negara ini tidak membawa masuk virus ke Malaysia.
#7 14 Hari Tempoh Kuarantin
Sudahlah baru saja landed dah kena kuarantin selama 14 hari, kalau nak tahu 14 hari ini merupakan tempoh inkubator virus ini hidup.
Bagi individu yang menjalani ujian Covid, mendapati keputusan yang diperolehi adalah negatif semasa pertama kali swab.
- Foto – Astro Awani
Tapi boleh jadi dalam tempoh 14 hari diri kamu menunjukan gejala-gejala dijangkiti, sebab itu perlunya kuarantin selama 14 hari.
Dan sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing kamu, akan menjalani ujian Covid yang kedua untuk memastikan bahawa kamu benar-benar bebas dari jangkitan virus tersebut.
#8 Ikuti Facebook MQSG Sebelum Balik Malaysia
Bagi yang nak balik Malaysia semasa pandemik ini, bagus kalau kamu ikuti Facebook Malaysia Quarantine Support Group (MQSG).
Banyak perkongsian terdapat di dalam laman Facebook ini, antaranya
- Untuk mengetahui proses dan cara untuk pulang ke Malaysia masa pandemik.
- Maklumat sebaran atau berubahan SOP di Malaysia.
- Maklumat mengenai Covid-19 dan sebagainya.
- Dokumentasi untuk pulang ke Malaysia.
Jadi bagi individu yang belajar atau bekerja di luar negara, bolehlah ikuti langkah-langkah yang disenarikan di atas. Bagi yang nak lebih jelas bolehlah tonton video YouTube Siti Awe untuk penerangan.
Jangan lupa kongsi maklumat ini kepada rakan-rakan atau ahli keluarga yang berada di luar negara, jika mereka nak balik Malaysia masa pandemik ini ya.