Monday, April 12, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result

Penyelidik Jepun Guna Super Komputer, Tunjuk Bagaimana Coronavirus Merebak

by Mas Idayu
October 20, 2020
Foto - Arkib Wanista

Foto - Arkib Wanista

25
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Ekoran penularan pandemik semakin meningkat di seluruh negara, ramai penyelidik mencari jalan penyelesaian bagaimana cara untuk mengurangkan penularan wabak.

Serta para saintis dunia juga menghasilkan simulasi bagaimana penularan wabak ini, boleh merebak dengan pantas dan menyebabkan peningkatan kes dari hari ke sehari.

Dan baru-baru ini penyelidik daripada Jepun, menunjukan bagaimana coronavirus merepak lebih pantas dengan menggunakan teknologi canggih.

Jepun Tunjuk Betapa Pantas Virus Covid-19 Merebak Di Restoran

May 15, 2020
3d render of Virus infecting blood cells

Jika Kamu Dijangkiti Covid-19, Ini Yang Akan Berlaku Pada Tubuh

April 8, 2020

Super Komputer Fugaku Tunjuk Cara Virus Tersebar

Foto – Arkib Wanista

Penyelidik daripada universiti Riken dan Kobe, Jepun menggunakan super komputer Fugaku bagi menghasilkan model reka bentuk molekul.

Molekul yang di reka adalah model contoh coronavirus dan menerusi model molekul ini, penyelidik menunjukan bagaimana virus ini boleh menjangkiti orang sekeliling yang duduk secara berdepan (face-to-face) dan yang duduk secara bersebelahan.

Berisiko Tinggi Dijangkiti Virus Semasa Musim Sejuk

Watch: Japanese researchers used a supercomputer to examine how coronavirus spreads when sitting at a dinner table. https://t.co/uJ5bBwzNMt pic.twitter.com/WlPZd3EyoT

— NBCWashington (@nbcwashington) October 16, 2020

Menerusi paparan video super komputer Fugaku ini, penyelidik dari dua universiti Jepun ini menjelaskan bahawa virus ini berpotensi untuk menjangkiti manusia.

Atau penjelasan yang lebih tepatnya, virus boleh dijangkiti tatkala individu tersebut menghadapi situasi ini.

IKLAN

  • Berada dalam kawasan atau tempat indoor
  • Tempat tersebut memiliki suhu yang tinggi, panas atau kering tanpa sebarang kelembapan.
  • Musim sejuk sedang berlangsung ketika ini.

Duduk Bersebelahan Lebih Berisiko Dijangkiti Virus

Foto – Asahi

Penyelidik dari Jepun ini mendapati apabila individu A dan individu B duduk bersebelahan, maka virus akan jadi lebih mudah dan pantas untuk menjangkiti kedua-dua individu.

Atau boleh menjangkiti salah seorang dari dua individu ini, jika individu A atau B merupakan pembawa virus.

Video kajian menunjukan, mereka yang duduk bersebelahan akan dipenuhi dengan virus pada separuh bahagian muka apabila bercakap atau bersin pada individu bersebelahan.

Face Sheild Tak Cukup Efektif Berbanding Pelitup Muka

Foto – Arkib Wanista

Molekul virus memang boleh dihadang di bahagian depan muka dengan face shield tersebut, tapi bukan di bahagian tepi iaitu kiri dan kanan muka yang tidak terlindung daripada face shield tersebut.

Bukan itu saja, face shield juga tidak dapat menapis molekul atau zarah-zarah virus yang kecil dan halus untuk memasuki sistem pernafasan manusia.

Jadi disarankan kalau nak pakai face shield, pakai sekali dengan pelitup muka untuk perlindungan dari dijangkiti dengan molekul dan zarah-zarah halus virus.

Melihat model molekul yang dihasilkan menggunakan super komputer Fugaku oleh para penyelidik Jepun ini, membuatkan kita harus lebih berwaspada terhadap penularan virus ini.

Apatah lagi dengan peningkatan kes saban hari, tidak mustahil apa yang ditunjukan dalam video penyelidik dari Jepun ini sedang berlaku di persekitaran kita.

Rujukan

#KitaJagaKita #DudukRumah #StayAtHome #StaySafe

Tags: Cara Covid-19 TersebarCobid-19jangkitan covid-19Penyelidik JepunPenyelidik Tunjuk Cara Virus MerebakSuper Komputer FugakuUniversiti Kobe JepunUniversiti Riken JepunVirus Menyerang Di Tempat Kering
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Mekap Mudah 10 Minit, Tak Pakai Foundation Tetap Cantik

Ini Yang Orang Korea Makan, Kulit Wajah Bersih Bersinar

Solat Tarawih Di Rumah, SOP Terjaga Pahala Pun Dapat

Nampak Lebih Muda Dengan Makan Jenis Supplement Ini

Diet Makan Sup, Cuba Aneka Resepi Yang Menyelerakan Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.