Siapa sangka penyanyi berbakat Billie Eilish berusia 18 tahun ini rupanya masih tinggal bersama ibu bapanya, meski sudah bergelar penyanyi yang berjaya dan kaya raya dalam industri hiburan.
Pelatun lagu popular ‘Bad Guy’ ini nampaknya tidak seperti selebriti belasan tahun yang lain, bila mana mereka mempunyai pendapatan sendiri kebanyakannya akan memilih untuk tinggal sendiri dan bebas dari kawalan ibu bapa sendiri.
Tinggal Bersama Ibu Bapa, Buat Hubungan Kekeluargaan Terjaga
- Foto – Arkib Wanista
Tapi penyanyi bersuara aloof ini tidak memikirkan tinggal bersama ibu bapa menyekat kebebasannya, sebaliknya hubungan mereka jadi lebih rapat dan akrab.
Tambahan lagi, meski dah jadi selebriti terkenal Billie tetap mahu menjadi hubungan kekeluargaan apatah lagi ahli keluargalah yang selalu berada di sisi semenjak dirinya berkecimpung dalam industri seni ini.
Masih Tinggal Di Rumah Lama
- Foto – Arkib Wanista
Menurut Billie, rumah yang dirinya tinggal bersama ibu bapanya ini merupakan rumah lama tempat dirinya dan adik-beradik membesar.
Mereka tidak pindah ke rumah yang baru, meski berkemampuan untuk membuat rumah baru atau membeli rumah yang lain.
Abang Billie Eilish Juga Selalu Balik Rumah
- Foto – Arkib Wanista
Dalam video temubual Billie dalam rancangan Jimmy Kimmel Live, Billie ada menyatakan abangnya yang telah berpindah keluar dan duduk di rumah sendiri pun akan kerap balik ke rumah keluarga.
Jadi boleh dikatakan meski adik-beradik Billie Eilish sudah memiliki rumah sendiri dan pendapatan sendiri, mereka masih kerap melawat ibu bapa dan menghabiskan masa bersama.
Jadi tak hairanlah kenapa Billie juga tak kisah tinggal bersama ibu bapanya, meski berkemampuan untuk tinggal sendiri kerana hubungan kekeluarga yang kuat.
Tak ramai selebriti muda seperti Billie Eilish yang matang dan pandai menjaga hubungan kekeluargaan, meski dah berjaya dan namanya sudah dikenali di seantero dunia. Beruntung ibu bapa Billie dapat anak macam ini!