Pentingnya rutin kecantikan walaupun mahu keluar rumah atau menghabiskan masa di rumah. Walaupun anda berada di rumah kulit memerlukan penjagaan hidrasi yang berbeza pada waktu pagi dan petang untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Terdedah kepada penyaman udara dalam tempoh yang lama akan menyebabkan kulit menjadi kering dan mengelupas.
Menggunakan rangkaian daripada Laneige, pasti kulit kita akan sentiasa menghidrat bagi melindungi kulit. Jadi macam mana nak dapatkan kulit yang sentiasa terhidrat sepanjang masa?
SIANG HARI
Langkah 1: Laneige’s Moist Cream Cleanser
Menggunakan pembersih lembut yang diformulasikan dengan 14.9%, ia dapat melembapkan minyak semula jadi untuk menghilangkan pengumpulan minyak pada waktu malam untuk kulit menjadi lebih lembap dalam tempoh yang lama.
Langkah 2: Laneige’s Cream Skin Refiner
Selepas membersih, gunakan Laneige’s Cream Skin Refiner sebagai langkah awal ke arah penjagaan kulit. Ia berfungsi melembapkan dan menguatkan skin barrier, terutamanya bagi mereka yang sensitif terhadap kulit kering.
Langkah 3: Laneige’s Water Bank Hydro Essense
Ratakan pada kulit kerana ia membantu berikan kesegaran pada kulit dan bertindak mengekalkan kulit terhidrat sepanjang hari. Dibekalkan mineral kaya daripada Air Mineral Hijau, iaitu mengandungi ekstrak sayur-sayuran.
Langkah 4: Laneige’s Radian-C Cream
Mengurangkan penampilan kusam dan bintik-bintik gelap pada kulit, pelembap mengekalkan sel kulit yang sihat dan mencegah daripada breakout. Kulit anda boleh mencapai kulit yang cerah dan bersinar dalam hanya tiga hari.
Langkah 5: Laneige’s Watery Sun Cream
Mengandungi SPF 50+ PA++++ bagi melindungi kulut daripada kerosakan akibat kesan cahaya mahatari dan sinar UV sambil mengekalkan kelembapan sepanjang hari.
WAKTU MALAM
Langkah 1: Laneige’s Cream Skin Milk Oil Cleanser
Untuk membersihkan minyak dan kotoran yang terkumpul pada kulit di siang hari, pembersih muka ini akan memberikan rangsangan semalaman untuk mencapai penampilan yang segar pada waktu pagi.
Langkah 2: Laneige’s Water Sleeping Mask
Selepas membersih dan melapiskan kulit dengan toner, gunakan sleeping mask ini untuk menghidrat dan membantu memperbaiki skin barrier sambil membuatkan kulit menjadi licin dan plump.
Langkah 3: Laneige’s Lip Sleeping Mask
Lengkapkan rutin akhir dengan lip sleeping mask bagi meyuburkan bibir, merawat dan menghidrat bibir yang pecah supaya kelihatan super lembut dan lembap pada keesokan hari.
Tak ada alasan untuk tidak kekal cantik sekiranya rutin penjagaan kulit tetap dilakukan walaupun berada di rumah. Bagi mendapatkan rangkaian penjagaan kulit LANEIGE, anda boleh mendapatkannya secara dalam talian di Zalora, Hermo, Shopee, Lazada, Go Shop TV, GrabMart atau kunjungi kedai Laneige.