Jangan terkejut wujud aplikasi untuk lelaki yang miliki zakar kecil di dunia ini, kerana aplikasi ini baru saja diwujudkan untuk orang-orang lelaki ingin bercinta tetapi tidak memiliki keyakinan dek kerana saiz zakar mereka yang kecil.
Kenali aplikasi khas untuk golongan lelaki yang memiliki saiz zakar kecil ini.
Dinky One Aplikasi Dating Lelaki Zakar Kecil
Aplikasi ini dibangunkan untuk golongan lelaki yang memiliki zakar bersaiz kecil, sebagai pengguna aplikasi yang ingin mencari kekasih tetapi kurang berkeyakinan diri kerana saiz zakar mereka.
- Foto – Dinky One
Terima Pengguna Bersaiz Bawah 14cm Sahaja
- Foto – Google
Menariknya aplikasi ini hanya menerima pengguna yang memiliki saiz zakar bawah 14cm atau bawah 5.5 inci, sebagai pengguna aplikasi mereka.
Bagi orang lelaki yang memiliki panjang zakar 14cm atau lebih tidak di terima kemasukan, kerana ukuran panjang tersebut bukan dalam kategori yang ditetapkan oleh pihak penghasil aplikasi.
Pengasas Aplikasi Ingin Terapkan Saiz Bukan Penghalang Hubungan
- Foto – Dinky One
Menurut Unilad, pengasas aplikasi Dinky One David Minns mencipta aplikasi ini dengan harapan untuk menerapkan pandangan positif terhadap lelaki yang memiliki saiz zakar yang kecil.
David berharap akan datang lebih ramai orang lelaki jadi lebih berkeyakinan terhadap diri sendiri, kerana saiz zakar bukanlah penghalang untuk memiliki hubungan dalam kehidupan.
Dinky One Tawar 24 Pilihan Identiti Jantina
- Foto – Arkib Wanista
Aplikasi Dinky One ini menawarkan kepada pengguna dengan 24 pilihan identiti jantina, ini dapat memberi kebebasan buat pengguna untuk mengekspresikan diri mengikut jantina kesukaan masing-masing.
Aplikasi ini boleh dilayari di sini, kini lebih dari 30,000 orang telah mendaftar untuk menjadi pengguna bagi mencari pasangan menerusi aplikasi ini.