Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Buasir? Ikut Pantang Larang Jangan Makan Makanan Ini

by Sofie Azizlan
October 28, 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Buasir terjadi disebabkan salur darah vena membengkak dan meradang di bawah rektum dan sekitar dubur. Jika anda mengalami buasir, banyak pantang larang terutamanya dalam makanan untuk mengelakkan daripada buasir menjadi lebih teruk.

Foto – Healthline.com

Pesakit buasir perlu memilih makanan yang tinggi dengan serat untuk mempercepatkan pemulihan. Tetapi ada beberapa makanan yang perlu dielakkan. Wajib elak!

IKLAN

Produk Tenusu 

Foto – Green Queen

Produk tenusu memberikan ketidakselesaan dan menghasilkan gas yang menyebabkan kesakitan dan kekejangan semasa sembelit. Jika seseorang itu tidak tahan kepada lactose, mereka akan mengalami cirit-birit dan menyebabkan sakit buasir bertambah teruk.

Makanan Masin

Foto – Medical Daily

Makanan masin mengurangkan kandungan air dan kering dalam najis. Keadaan ini membuatkan badan menyedut lebih air dari usus untuk mengimbangi garam yang berlebihan dalam dalur darah.

Daging Merah

Foto – Shutter Stocl

Mengambil masa yang lama untuk menghadam, daging juga mengandungi serat yang rendah. Pengambilan daging merah boleh mengurangkan serat harian dalam diet anda dan kandungan lemak yang tinggi dapat meningkatkan risiko sembelit.

Makan Bergoreng & Ringan 

Foto – Arkib Wanista

Kaya dengan kandungan lemak dan rendah dalam serat, kombinasi makanan bergoreng dan makanan ringan akan melambatkan penghadaman seperti memakan daging merah.

Makanan Pedas & Minuman Berkafein

Foto – Arkib Wanista

Tak sesuai untuk memakan makanan pedas ketika sembelit kerana kesakitan dan ketidakselesaan ketika membuang air besar. Minuman berkafein juga boleh menyebabkan najis menjadi keras dan susah ketika membuangnya. Mereka yang mempunyai buasir akan mengalami komplikasi ketika menghadapinya.

Walaupun ada beberapa keadah untuk mengelak dan merawat tetapi pemakanan merupakan faktor terbesar kepada terjadinya Jika gejala buasir tidak ada penambahbaikan selepas anda menjaga makanan, segera dapatkan rawatan daripada doktor.

 

RUJUKAN: 1, 2

IKLAN
Tags: buasirmacam mana nak rawat buasirmakanan ringanmakanan untuk buasirmasalah buasirminuman berkafeinpantang larang untuk buasirrisiko sembelit
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan