Suka makan biskut bulat digestives Marks & Spencer sambil cicah dengan air susu, teh atau milo?
Tahu tak sebenarnya biskut bulat jenis digestives yang terdapat dalam pelbagai jenis jenama pada masa kini, sebenarnya pada awal penghasilan biskut ini ia dicipta untuk membantu individu yang mempunyai masalah sistem penghadaman.
Biskut digestives bukan sekadar biskut bulat semata-mata, ini beberapa kebaikan memakan biskut digestives sebagai menu diet kesihatan diri.
Bantu Lancarkan Sistem Penghadaman
Biskut digestives seperti namanya ia berfungsi untuk membantu individu yang mempunyai masalah sistem penghadaman, biskut ini dihasilkan oleh dua orang doktor daripada Scotland pada tahun 1839.
- Foto – Arkib Wanista
Melawan Angin Kolik Dan Kentut
Jangan terkejut dengan manfaat memakan biskut digestives ini, kerana ia memang boleh membantu individu yang selalu mengalami masalah angin kolik iaitu penyebab gas dalam badan berkumpul lalu menyebabkan masalah perut kembung dan kerap kentut.
- Foto – Arkib Wanista
Mengandungi Serat Untuk Melancarkan Penghadaman
Biskut jenis digestives ini mengandungi serat bagi membantu melancarkan penghadaman di dalam perut dan pengambilan biskut seperti ini juga bagus untuk pengamalan diet pemakanan sihat jika mengikut kuantiti yang disarankan oleh pakar nutrisi atau doktor kamu sendiri.
- Foto – Arkib Wanista
Aneka Biskut Digestives Masa Kini
Bagi yang ingin dapatkan biskut ini bagi membantu sistem penghadaman diri, ini beberapa jenama yang menjual biskut ini di pasaran tempatan.
McVitie’s Digestives Biscuits RM9.70 [BELI]
- Foto – Google
Marks & Spencer Digestives Biscuits RM8.80 – RM13.50 [BELI]
- Foto – Arkib Wanista
IKO Digestives Biscuit RM7.50 [BELI]
- Foto – Arkib Wanista
Peringatan!
Doktor Michael Houghton penyelidik Nutrisi Dan Sains Makanan berkata, biskut digestives yang terdapat di pasaran masa kini mengandungi lebih banyak gula dan lemak di dalam biskut.
Justeru itu, bagi yang ingin memakan biskut ini untuk lancarkan penghadaman mengambil biskut tersebut mengikut jumlah saranan yang ditetapkan untuk menjaga kesihatan diri.