Salah satu cara untuk mendapatkan kulit yang cantik dan segar adalah exfoliate secara berkala. Tetapi untuk exfoliate bahan-bahannya mestilah tidak memberikan kerengsaan pada kulit.
Selain menggunakan scrub untuk exfoliate, anda boleh tukar dengan menggunakan penjagaan kulit yang mengandungi chemical exfoliant seperti AHA dan BHA. Kedua-dua jenis ini adalah hydroxy acid yang membuang sel kulit mati dari permukaan kulit atau menghilangkan keseluruhan lapisan paling luar.
Jadi apakah sebenarnya AHA dan BHA?
AHA
Singkatan bagi Alpha-hydroxy Acid, ia adalah asid yang diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, gula dan susu.
Rangkaian asid AHA termasuklah Glycolic Acid, Lactic Acid dan Citric Acid di mana ia berfungsi membuang sel kulit mati di bahagian epidermis dan dermis. Asid ini juga merangsang pengeluaran kolagen dan membantu dalam mengatasi kedutan.
(Sesuai untuk: Kulit normal dan kering)
BHA
Beta-Hydroxy Acid adalah singkatan bagi BHA iaitu exfoliating acid yang membantu dalam membersihkan kekotoran daripada liang roma. Dikenali juga sebagai Salicylic Acid iaitu bahan yang membantu menghentikan jerawat.
Berbeza dengan AHA, asid ini larut dalam minyak iaitu dapat menembusi jauh ke dalam kelenjar sebum dan membuang sisa kotoran dari liang roma.
(Sesuai untuk : Kulit normal, kulit berminyak dan kulit berjerawat.)
AHA dan BHA mempunyai sifat asid yang sama iaitu membuang sel kulit mati dan kulit baru jelas kelihatan. Untuk menggunakan asid ini, ia bergantung kepada keadaan kulit. Guna sebanyak 1-2 kali seminggu untuk kesan yang lebih ketara. Selamat mencuba!