Kecantikan adalah perkara yang sangat subjektif, dan definisinya berlainan untuk setiap orang. Apa yang jelek dan hodoh bagi seseorang, mungkin menarik dan seksi kepada yang lain.
Mungkin kita merasakan senyuman paling manis bila mana miliki barisan gigi paling sempurna iaitu teratur dan putih bersih.
Tapi, tahukah wanita di Jepun memilih sebaliknya. Mereka menyukai trend gigi yang tidak sempurna. Wanita sana menyukai bentuk gigi ‘Yaeba’ atau gigi taring.
Bila gigi mereka berlapis dan bertaring, itu hanya membuatkan lelaki Jepun cair. Pelikkan, tapi kenapa agaknya?
Trend Gigi ‘Yaeba’
Ada yang mengatakan bahawa Yaeba menjadikan seorang wanita kelihatan comel, hampir seperti kanak-kanak, seperti ketika gigi kanak-kanak belum tumbuh sepenuhnya. Yaeba membuatkan wanita Jepun lebih menarik daripada biasa.
- Foto – Arkib Wanista
Malah, bentuk gigi seperti ini menarik perhatian, sehingga ada yang melakukan prosedur yang disebut ‘Tsuku Yaeba’, semata untuk mendapatkan Yaeba palsu.
Lelaki Tertarik Dengan Wanita Bergigi ‘Yaeba’
“Tidak seperti di kebanyakan negara, di mana gigi rata sempurna dianggap cantik. Di Jepun, gigi Yaeba dianggap menawan, dan ini menunjukkan bahawa seorang wanita tidak sempurna.
“Lelaki merasakan wanita ini lebih mudah didekati berbanding yang mementingkan kesempurnaan,” jelas Michelle Phan.
Trend ini cukup popular di kalangan selebriti, dan sampai sekarang masih ada wanita yang melakukan prosedur Yaeba palsu, dengan melekatkan gigi plastik di bahagian depan gigi sebenar mereka.
- Foto – Pinterest
Walaupun trend Yaeba agak pelik untuk negara lain, tapi bukankah orang kadang-kadang melakukan perkara-perkara pelik dan menyakitkan untuk kecantikan. Seperti liposuction, botox, lip filler, fake tans dan macam-macam lagi.