Ada orang senang nak minum 8 gelas sehari dan ada yang susah nak dapatkan 8 gelas sehari. Jadi macam mana nak dapatkan 8 gelas sehari?
Tambah Perisa
Jika anda mempunyai masalah untuk minum air kosong sebanyak 8 gelas sehari, anda boleh cuba untuk menambahkan perisa sayur atau buah-buahan segar. Lakukan seperti membuat air detox. Simpan dalam peti sejuk dan anda boleh minum untuk mendapatkan kesegarannya tambah-tambah lagi ketika musim yang panas.
Minum Sebelum Makan
Biasakan untuk minum sebelum makan iaitu dengan minum air dengan banyak. Perbuatan ini akan menjadi rutin dan anda tidak lagi risau sekiranya sukar untuk meminum air.
Aplikasi
Muat turun aplikasi yang membantu anda tracking berapa gelas dalam masa sehari anda minum. Melalui aplikasi ini, anda boleh menghitung jumlah air yang diminum, dan ia juga dapat mendisplinkan kita untuk meminum lebih banyak air.
Makanan Kaya Dengan Air
Susah untuk minum air, anda boleh gantikan dengan makanan mengandungi jumlah air yang banyak. Contohnya, anda boleh makan buah-buahan yang mengandungi jumlah air yang banyak seperti tembikai, timun, strawberi dan nenas.
Tanda Pada Botol
Menjadi kebiasaan, ramai orang akan menandakan masa pada botol mereka untuk memastikan mereka minum air pada waktu yang ditetapkan. Perkara ini nampak remeh tetapi ia dapat mendisplinkan kita.
Air memang penting dalam kehidupan seharian untuk mengekalkan badan daripada terhidrasi. Jadi, bagi yang susah untuk mencukupkan 8 gelas sehari, selamat mencuba!