Yang free hair nak bergaya dengan scarf, Wanista ada beberapa idea best!
Pelbagai cara boleh dilakukan dengan scarf. Scarf memberikan warna serta mengubah gaya seseorang. Scarf pelbagai warna dan cetakan boleh distailkan di beg, diikat di rambut, lilitan leher dan macam-macam.
Bukan itu sahaja, jika anda bercuti nanti, tidak perlu membawa pelbagai aksesori untuk bergaya, hanya dengan scarf anda boleh pelbagaikan fesyen ikut kreativiti, sekaligus penampilan anda lebih menyerlah.
Lilitan Leher
- Foto – Arkib Wanista
Paling biasa orang buat untuk mengubah gaya dan penampilan, hanya lilit dileher sahaja. Contohnya anda mengenakan outfit serba hitam jadi untuk memberikan warna, anda boleh ambil scarf berwarna ataupun bercetak dan lilit di leher.
Di Beg
- Foto – Arkib Wanista
Jika anda merasakan scarf yang ada di almari tidak diusik dan terbiar sahaja, apa kata cuba ikat satu di beg anda ataupun lilitkan di pemegang beg. Ianya bukan sahaja menarik tetapi menambahkan beberapa warna dan personaliti anda.
Dandanan Rambut
- Foto – Arkib Wanista
Scarf digayakan di rambut dengan pelbagai cara ikut kreativiti dan kesesuaian. Bukan itu sahaja, ia adalah cara yang sempurna untuk menambah beberapa warna di samping pengganti aksesori.
Tali Pinggang
- Foto – Arkib Wanista
Selalunya pakai tali pinggang, apa kata kali ini bertukar kepada selendang pula. Caranya dengan mengikat scarf anda di keliling pinggang. Kalau boleh pilih scarf dengan corak yang mewah berfungsi hebat dengan pakaian.
Jadikan Bracelet
- Foto – Arkib Wanista
Mungkin pelik tetapi unik. Jika anda mempunyai scarf yang pendek dan nipis, cuba ikatkan di pergelangan tangan anda sebagai gelang unik pengganti kepada aksesori.
Trendy Dengan Skirt
- Foto – Arkib Wanista
Sekala sekali ingin tampil lain tetapi masih kekal trendy jadi apa yang perlu anda lakukan ialah seledang yang panjang boleh diikat menjadi skirt. Pilih selendang yang berwarna atau bercetak supaya tampil lebih sempurna.
Selamat Beramal!