Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Hiburan

Dua Watak Misteri Yang Akan Dibongkarkan Dalam Kingdom: Ashin Of The North

by Sofie Azizlan
November 3, 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Perkhidmatan hiburan streaming terkemuka di dunia, Netflix telah mengesahkan produksi Kingdom: Ashin Of The North adalah kesinambungan daripada kisah yang menawan dunia dan memperkenalkan watak baru yang misteri dalam episod khasnya.

Foto – Arkib Wanista

Kingdom: Ashin Of The North adalah cerita sampingan daripada Kingdom musim kedua yang menceritakan cerita di sebalik watak misteri yang dimiliki oleh Kumpulan Lee Chang semasa perjalanan mereka ke utara untuk mengetahui tentang asal-usul jangkitan yang terjadi.

Kemunculan watak Gianna Jun yang mengejutkan dalam Ashin pada akhir musim kedua telah mengejutkan penonton.

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

Dalam episod khas yang dinanti-nantikan ini, Ashin (Gianna Jun) akan mengungkap misteri di sebalik identiti dirinya. Watak Min Chi-rok (Park Byung-Eun) sebagai ketua Royal Commandery turut muncul dalam episod khas ini.

Kingdom: Ashin Of The North akan memperincikan lagi apa yang telah terjadi pada masa lalu di wilayah utara dan bagaimana kedua-dua watak ini saling berkaitan.

Foto – Zimbio

Kim Seong-Hun yang bertanggungjawab mengarahkan Kingdom pada musim pertama dan mengawasi produksi pada musim kedua bekerjasama dengan Kim Eun-Hee yang telah menulis untuk kedua-dua musim bagi mengungkap tentang asal-usul tanaman dan rahsia di sebalik jangkitan.

Untuk episod khas ini, Baram Pictures, BA Entertainment dan Studio Dragon akan bersama-sama menghasilkan episod istimewa ini.

Perkembangan web of intrigue yang ditayangkan dalam siri Kingdom ini akan menambahkan ‘kegilaan’ K-zombie pada Kingdom: Ashin Of The North yang akan ditayangkan di seluruh dunia pada tahun 2021 melalui Netlfix.

Tags: gianna junkingdom: ashin of the northNetflixnetflix kingdomnetflix kingdom 2netflix kingdom: ashin of the northpark byung-eun
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan