Sedang memandang sesuatu, tiba-tiba minda entah ke mana…
Ada orang menganggap perbuatan mengelamun adalah tabiat yang tidak baik kerana ia boleh mengganggu tumpuan dan hilang fokus. Kita perlu ingat, ada masanya otak kita perlukan rehat dan tidak boleh bekerja 24 jam.
Bayangkan setiap hari kita sibuk melakukan tugasan, dengan peranti canggih sentiasa di tangan, emel, sistem pesanan ringkas yang sentiasa dalam mode stand-by, setiap detik otak kita ligat bekerja, sehinggakan kita langsung tidak memberi masa untuk otak berehat yang hakikatnya baik untuk kesihatan.
- Foto – The Strait Times
Kemampuan Intelektual Lebih Tinggi
Kajian sendiri menunjukkan mengelamun bukanlah satu perkara yang buruk, bahkan mereka yang kuat mengelamun mempunyai kemampuan intelektual lebih tinggi. Ini kerana mengelamun membuatkan otak lebih cerdas dan mempunyai daya imaginasi yang tinggi.
Mengelamun boleh memperkembangkan keupayaan intelek, sosial, emosi dan jasmani. Ia juga boleh mengubah sikap negatif terhadap pembelajaran dengan mengembang atau memulihkan perasaan yakin diri.
Sebagai contoh, Einstein menggunakan keupayaannya untuk berangan-angan untuk tampil dengan teori graviti, manakala kanak-kanak sering tidak digalakkan untuk berangan-angan, oleh itu kelebihan mereka tidak diterokai sepenuhnya.
- Foto – Taiwan News
Menggunakan daya imaginasi atau keupayaan mengelamun membawa kepada kebahagiaan, sebaliknya tidak menggunakan membawa kesan negatif menyebabkan mereka rasa sedih.
Jadi tiada masalah untuk mengelamun, asalkan tidak memudarat dan baik-baik saja!