Tak mudah sebenarnya nak hasilkan sebuah karya filem apabila ia menelan perbelanjaan yang besar dan mahal sehingga mencecah jutaan ringgit. Paling merisaukan, pelaburan yang dilakukan dalam filem ini tidak memberikan jaminan untuk dapat keuntungan seperti yang diharapkan.
Kejayaan dan kegagalan sesebuah filem bergantung kepada beberapa faktor seperti jalan cerita secara keseluruhan, pemilihan pelakon, promosi, tempat dan sebagainya.
Walaupun pada asalnya filem yang dihasilkan untuk berkarya, tetapi sudah semestinya penerbit dan pengarah mengharapkan keuntungan yang besar dapat dijana. Selain kos dan margin keuntungan dalam industri filem dirahsiakan, angka kerugian biasanya menjadi anggaran kasar yang terbaik.
Jadi, filem-filem antara yang mencatat kerugian yang paling besar dalam industri, adalah…
Catwoman (2004)
Filem ini mengalami kerugian apabila hanya menjana sekitar RM 341,571,000 daripada RM 416,550,000, filem Catwoman. Pelakon utama bagi filem ini, Halle Berry telah menerima Razzie Award untuk pencalonan bagi Pelakon Terburuk selepas beberapa tahun meraih anugerah Oscar untuk Pelakon Terbaik bagi Monster Ball.
Sahara (2005)
Memperolehi pendapatan kasar RM 495,694,500 dan menduduki carta pertama dalam Box Office Amerika Syarikat dengan kutipan sebanyak RM 74,979,000 pada minggu pertama tayangannya.
Sebaliknya, filem ini mencatat kerugian sebanyak RM 437,377,500 setelah membelanjakan untuk pengeluaran dan pengedaran yang menjadikan Filem Sahara ini antara salah satu filem yang mahal.
Speed Racer (2008)
Berusaha untuk remake siri anime Jepun 1960, Warner Brothers menghasilkan filem ini sekitar RM 833,100,000. Sebilangan besar perbelanjaan itu diberikan untuk hasil efek khas tetapi ia membuatkan penonton mengkritik filem tersebut.
Filem ini berjaya menghasilkan sebanyak RM 387,391,500 iaitu sebahagian kecil daripada jumlah keseluruhan.
The Green Lantern (2011)
Menyaingi kejayaan Disney’s Marvel, Warner Brothers memilih Ryan Reynold untuk memegang watak sebagai superhero yang memakai kostum berwarna hijau dalam The Green Latern.
Mendapat feedbacks yang baik dan memperoleh sebanyak RM 912,244,500 dengan bajet keseluruhan RM 834,200,000 yang tidak cukup untuk menampung perbelanjaan pemasaran dan peratusan teater filem.
John Carter (2012)
Filem fantasi fiksyen ini mempunyai anggaran kos pengeluaran dan pengiklanan sebanyak RM 1,459,850,000 yang menjadikannya sebagai salah satu contoh pelaburan yang paling besar.
Dari untung ke rugi pada suku fiskal kedua 2012, filem ini menyebabkan Richard Ross, Ketua Studio Walt Disney mengundurkan diri.
The Lone Ranger (2013)
Dijangka memperoleh sekitar RM 2,711,150,000 hasil tayangan seluruh dunia, filem ini hanya menjana sebanyak RM 1,086,545,500.
Filem ini terpaksa bersaing dengan tayangan Despicable Me 2 pada minggu tayanganya dan menyebabkan The Lone Ranger memperolehi 1/3 jumlah pendapatan Despicable Me 2.
Fantastic Four (2015)
Dikatakan sebagai bencana dalam filem superhero, Fantastic Four hanya berjaya memperoleh sebanyak RM 106,777,600 pada minggu pembukaannya dan mencatatkan prestasi francais yang terendah.
Deepwater Horizon (2016)
Berkisahkan tumpahan minyak di Teluk Mexico, filem bencana industri ini telah menghabiskan anggaran pengeluarannya sebanyak RM 458,810,000 dan berjaya menjana sebanyak RM 83,420,000 pada hujung minggu pembukaannya.
Alice Through the Looking Glass (2016)
Pengarah Tim Burton yang terkenal dengan filem eccentric dan over-the-top telah berjaya ubah cerita kanak-kanak itu menjadi blockbuster hit. Tetapi tidak dengan Alice Through The Looking Glass, di mana ia berjaya mendapat RM 1,249,214,500 di seluruh dunia dan sebanyak RM 321,167,000 dalam negara.
Cats (2019)
Walaupun filem ini mempunyai bintang yang hit seperti Judi Dench, Jennifer Hudson, Taylor Swift, Idris Elba dan James Cordon, filem Cats hanya berjaya mendapat sebanyak RM 306,568,500 di seluruh dunia dan malangnya secara keseluruhan filem ini berharga RM 396,245,000.
Disebalik marketing, pelakon dan sinopsis filem-filem ini menyakinkan kutipan yang bakal diperoleh pasti menguntungkan seluruh produksi, tetapi ia tidak menjanjikan apa-apa.
Bagi menghasilkan filem yang mendapat jumlah tontonan dan kutipan yang besar, beberapa faktor yang penting perlu diambil kira sebelum pengambaraan dimulakan.