Bila tonton cerita-cerita K-drama yang hot dan menarik sepanjang tahun 2020, terkenang banyak lokasi-lokasi penggambaran yang dipaparkan dalam K-drama boleh membuatkan mata kita semua tak berkelip langsung.
Walaupun sekarang ini penerbangan ke luar negara di tutup sementara waktu, tapi tak bermakna kita tak boleh merancang percutian untuk akan datang bukan?
Jom tinjau beberapa lokasi menarik di Korea seperti yang dipaparkan dalam drama kegemaran semua.
Crash Landing On You – Byeolmaro Observatoy, Yeongwol-gun
Ingat lagi tak babak Yoon Se Ri melakukan aktiviti paragliding semasa episod pertama, rupanya Se Ri berada di puncak bukit Byeolmaro Observatory. Memang cantik sangat pemandangan di atas puncak tersebut.
- Foto – Arkib Wanista
Hi Bye, Mama! – Taman Tema Wolmi, Incheon
Suka tengok Kim Tae Hee berlakon dalam drama Hi Bye, Mama! banyak lokasi menarik dipaparkan seperti Taman Tema Wolmi ini. Berbaloi kalau bawa ahli keluarga mahupun rakan-rakan bercuti dan berkunjung ke taman tema ini.
- Foto – Arkib Wanista
Itaewon Class – Undukjib, Seoul
Siapa tengok drama Itaewon Class pasti akan terpukau dengan lokasi-lokasi penggambaran yang moden sekitar bandaraya Seoul, seperti restoran di Undukjib yang menjadi lokasi penggambaran drama Itaewon Class.
- Foto – Arkib Wanista
Mystic Pop Up Bar – Cha Masineun Tteul, Gyeonggi-do
Siapa yang suka tonton drama genre fantasi dan mistik pasti dah tengok drama Mystic Pop Up Bar dan dalam banyak-banyak babak dalam drama tersebut, rasanya babak di Cha Masineun Tteul paling menarik.
Kerana suasana di kafe Cha Masineun Tteul ini sangat santai dan sesuai untuk dikunjungi bersama kawan, keluarga atau berjalan secara solo.
- Foto – Arkib Wanista
The King: Eternal Monarch – Jungri Sport Park, Daegu
Romantik sungguh kalau berjalan dengan pasangan di Jungri Sport Park ini, daun-daun berwarna merah, kuning dan coklat menghiasi keseluruhan taman.
Bila tengok dalam drama The King: Eternal Monarch, lokasi ini memang spot best untuk dating bersama pasangan.
- Foto – Arkib Wanista
Pasti rasa seronok sangat kalau dapat jejakkan kaki dekat lokasi penggambaran K-drama popular ini, kerana setiap lokasi memberi suasana yang berlainan.
Bercuti Bersama Sedunia Travel
Bagi yang nak datang ke Korea untuk melancong ini lah masanya kamu rancang perjalanan dari awal, kalau nak mudah pergi ke Sedunia Travel.
Yang bagusnya Sedunia Travel ini adalah mereka bekerjasama bersama Korea Tourism Organization dan menyediakan jadual perjalanan sepanjang percutian, ke tempat-tempat menarik yang terdapat dalam drama Korea kegemaran masing-masing.
- Foto – Korea Tourism Organization
Bagi yang nak rancang percutian di Korea, Sedunia Travel menawarkan banyak pakej-pakej menarik dengan harga yang berbaloi.
Layari laman web Sedunia Travel di [SINI] dan ikuti laman Facebook Sedunia Travel di [SINI] bagi melihat serta memilih sendiri pakej percutian yang kamu ingini.