Mengapa rata-rata orang Korea meletakkan daun bawang dalam setiap hidangan? Mungkinkah kerana khasiat lumayan yang terkandung?
Diakui daun bawang memang bagus dimakan. Daun bawang mempunyai sumber vitamin C dan kalsium yang baik. Ia juga merupakan sumber serat makanan dan vitamin A dan B6, tiamin, folat dan mineral yang baik (kalium, tembaga, kromium, mangan, zat besi).
Beberapa kajian menunjukkan bahawa daun merah dapat menurunkan kadar kolesterol, menurunkan risiko serangan jantung dan strok dan mempunyai sifat antibakteria.
Baik Untuk Pencernaan
- Foto – Green DNA
Daun bawang mempunyai sumber serat yang baik yang membantu dalam pergerakan usus supaya lebih lancar dan teratur.
Mengekalkan Penglihatan Yang Baik
Daun bawang mempunyai karotenoid yang membantu menjaga penglihatan sihat dan utuh. Ia juga kaya dengan vitamin A yang mencegah kehilangan penglihatan.
Mencegah Selesema
- Foto – Simply Recipes
Kerana sifat antibakteria dan antivirus, ia adalah ubat yang sangat baik untuk melawan virus dan selesema. Ia juga membantu mengurangkan lendir berlebihan dan melawan selesema.
Menurunkan Tahap Gula Darah
Sebatian sulfur yang terdapat pada duas bawang meningkatkan keupayaan tubuh untk menghasilkan insulin. Jadi ia membantu mencegah diabetes.
Mengurangkan Risiko Kanser
- Foto – Pinterest
Daun bawang adalah sumber sulfur yang baik, bermanfaat untuk kesihatan keseluruhan. Ia mempunyai sebatian seperti allyl sulphide dan flavonoids yang mencegah kanser dan melawan enzim yang menghasilkan sel kanser.
Rasanya sedikit lebih ringan daripada bawang biasa menjadikan ia sedap dimakan. Daun bawang boleh digunakan mentah dalam salad, sebagai hiasan atau dimasak sebagai sebahagian daripada hidangan tumis.
Jadi mula amalkan pemakanan sihat dengan memasukkan lebih banyak daun bawang dalam makanan.