Tak kira sama ada di sosial media atau pun realiti kehidupan sebenar, kita boleh lihat sebenarnya terdapat pelbagai jenis ragam dan karenah manusia berdasarkan apa yang mereka selalu kongsikan secara harian.
Kadang-kala melihat pelbagai telatah dan perangai netizen ini memang boleh bikin pecah perut di buatnya, ini antara beberapa jenis perangai yang selalu kita lihat di dunia maya dan realiti kehidupan di Malaysia.
Kaki Tik Tok
Yang ini memang pantang ada trend baru, netizen akan buat dan kongsikan di akaun Tik Tok masing-masing. Macam-macam ragam ditunjukan dari menari, buat lawak, bermekap dan sebagainya, semuanya dikongsikan di akaun Tik Tok sendiri.
https://www.youtube.com/watch?v=8TH7P-rtuOQ
Jenis Suka Sebar Isu Viral
Nah yang ini pula sejenis suka kongsikan hal-hal viral, tak kira apa jenis khabar berita mereka akan berlumba-lumba kongsikan secara mulut ke mulut atau di laman sosial media sendiri.
- Foto – Fabrik Brands
Sejenis Hari-Hari Wajib Berswafoto
Baik mengaku, memang ramai netizen yang suka berswafoto kalau boleh setiap masa dan detik mahu dirakam dan dikongsikan bersama semua orang!
- Foto – New York Post
Keyboard Worrier
Kalau yang ini, senang cerita apa saja berita panas dan sensasi muncul di sosial media, pasti ada netizen yang gatal tangan nak jadi keyboard worrier. Almaklum bersemangat nak kongsi ‘pandangan’ masing-masing.
- Foto – Google
Sejenis Suka Membawang
Pakcik bawang, makcik bawang, kakak bawang, abang bawang dan seangkatan dengannya cukup sinonim dalam kalangan netizen Malaysia.
Ada saja isu nak digosipkan, tak kira cerita itu betul atau tidak pasti akan dijadikan topik untuk dibincangkan bersama-sama secara bersemuka atau di alam maya.
- Foto – Majlis Ulama Isma
Fanatik Politik
Nak berpolitik tak salah, tapi yang jadi isunya adalah kalau dah terlalu taksub dan fanatik hinggakan orang lain yang cuba beri pandangan neutral terhadap individu ‘tertentu’ ini kemudiannya di ‘herdik’ dan diugut. Ini memang selalu berlaku dikalangan netizen Malaysia.
- Foto – Harakah Daily
Sejenis Suka Mengutuk
- Foto – BBC
Yang ini lagi panas sejenis suka mengutuk atau condemn orang tak tentu pasal, tak kira mengutuk orang secara realiti atau di alam maya.
Yang peliknya ada saja isu yang boleh dijadikan bahan untuk mengutuk orang lain, jenis yang ini memang dah dikategorikan sebagai toksinlah sebab ada saja benda nak dikutuknya.
Fanatik Kpop
- Foto – Regard News
Tipulah orang Malaysia tak suka Kpop, senang kata netizen Malaysia ini boleh tahan jugalah fanatik mereka terhadap idol Kpop.
Muncul kumpulan baru yang kacak dan jelita, mesti dah ada orang worship habis-habisan. Tambahan lagi, ada pula netizen yang jenis die-hard-fans terhadap selebriti Kpop memang haru-biru jugalah.
Kalau nak diikutkan banyak lagi perangai-perangai pelik, lucu, menyampah dan membuatkan darah tinggi naik untuk dikongsikan.
Tapi cukuplah dulu dengan beberapa jenis perangai ini, itu pun boleh pecah perut dan sakit kepala kalau hari-hari hadap orang macam ini betul tak.