Perkataan ‘parasit’ itu sendiri dah menjadi kebiasaan dalam kehidupan, tetapi berapa ramai daripada kita yang sebenarnya tahu apa itu parasit? Bagaimana parasit memasuki badan, apa sebabnya terjadi dan bagaimana nak rawat?
Secara saintifiknya, parasit adalah organisma yang bergantung kepada host untuk mereka meneruskan hidup. Maksud disini ialah, host adalah organisma yang menyimpan parasit, menyediakan makanan dan tempat tinggal dan biasanya ia berukuran lebih besar daripada parasit.
Parasit ini boleh terdiri daripada cacing pita, hookworms, liver flukes dan sebagainya. Ada beberapa parasit hanya memerlukan satu host sahaja sepanjang hayatnya tetapi ada yang memerlukan dua host iaitu sebagai perantaraan dan pengakhirannya untuk pertumbuhan serta perkembangan.
Jangkitan parasit ini boleh terjadi disebabkan beberapa perkara seperti ibu dan anak melalui kandungan atau semasa melahirkan, hubungan intim, pemindahan darah, kecederaan dan mucous membranes. Jangkitan ini juga boleh berlaku melalui makan mentah atau kurang matang. Jadi, beberapa parasit ini mungkin sedang menjangkiti anda!
Cacing Pita
Boleh membesar sehingga 15 meter panjang, cacing pita ini hidup di bahagian usus manusia. Jika anda sangat suka akan stik yang dimasak rare, daging tidak matang atau sayuran yang tidak dibasuh, cacing pita ini boleh memasuki ke host manusia melalui makanan-makanan tersebut.
Apabila ia berada lama dalam tubuh seseorang itu, parasit tersebut boleh memakan keseluruhan usus.
Cacing pita ini juga boleh hidup sehingga 30 tahun. Bagi telur cacing pita tersebut, ia boleh menjadi cyst pada organ manusia yang menyebabkan ia boleh menjadi lebih bahaya. Tiada simptom yang menunjukkan bahawa anda dijangkiti cacing pita. Jika anda tidak pergi check up, cacing pita ini boleh hidup tanpa disedari bertahun-tahun.
Liver Fluke
Menjangkiti saluran hempedu dan hati, parasit ini adalah sejumlah flatworms yang membiak di siput air tawar. Manusia boleh dijangkiti parasit ini apabila mereka mengambil ikan air tawar yang mempunyai persekitaran yang sama dengan siput tersebut.
Seseorang itu tidak akan tahu mereka dijangkiti sehinggalah flukes yang matang menyebabkan keradangan yang kronik pada saluran hempedu iaitu penyebab batu hempedu terjadi. Sebahagian besar kes-kes melibatkan parasit ini sering terjadi di negara yang membangun seperti Hawaii, California dan Florida.
Hookworms
Dua jenis hookworms ini boleh menjangkiti manusia iaitu Ancylostoma Duodenale dan Necator Americanus. Cara hookworms memasuki badan manusia adalah melalui kaki dan selalunya akan menyebabkan ruam gatal di bahagian pintu masuk mereka. Melalui saluran darah, mereka bergerak sehingga ke paru-paru.
Apabila tiba di paru-paru, parasit ini akan menganggu tisu partu-paru sehingga batuk dan mereka akan naik ke atas bersamanya. Apabila manusia menelan, parasit ini akan pergi di rumah yang mereka inginkan iaitu usus kecil.
Sekiranya seseorang itu dijangkiti dengan hookworms, dia akan berasa lesu dan mempunyai mental yang lemah. Parasit ini juga boleh menjangkiti orang lain melalui najis. Jika anda mengamalkan gaya hidup yang bersih, parasit ini boleh dikurangkan.
Pinworm
Parasit ini tersebar dengan mudah terutamanya Amerika Utara. Tinggal di bahagian punggung manusia, ia boleh menjangkiti apabila seseorang itu menyentuhnya.
Simptomnya hanyalah apabila sesorang itu berasa gatal atau tidak selesa di bahagian punggung yang membuatkan individu tersebut menyentuh dan ini yang menyebabkan telur pinworm ini tersebar. Kebiasaannya, pinworm ini berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan ia mudah menjangkiti sesiapa yang terdedah kepadanya.
Ascariasis
Berbentuk gelang, parasit ini sering menyerang bahagian usus dan ia tersebar melalui makanan yang tidak dimasak, najis dan hubungan intim. Parasit ini mempunyai simptom yang sikit kecuali badan manusia itu tindak balas yang besar terhadap parasit ini.
Kanak-kanak paling cenderung untuk mempunyai parasit ini kerana mereka sering memasukkan tangan dalam mulut. Kesannya, kanak-kanak boleh menderita perut kembung dan sakit disebabkannya. Walaupun begitu, parasit ini hanya tinggal di perut sehingga mereka sedia untuk meninggalkannya.
Echinococcus Granulosus
Melalui anjing, manusia boleh dijangkiti tanpa gejala terutamanya mereka yang membelanya. Manusia boleh dijangkiti melalui najis anjing sekiranya tanpa sengaja anda tersentuh atau ketika membelai anjing. Seperti cacing pita juga, parasit ini boleh meninggalkan luka seperti cyst di hati atau paru-paru.
Trichinosis
Biasanya ia berlaku setelah makan daging yang tidak dimasak atau mentah dan hanya terdapat di khinzir. Parasit ini berada di dalam usus dan berkembang menjadi cacing dewasa yang menghasilkan lebih banyak larva melalui otot dan tisu badan yang lain.
Jika sampel kecil parasit ini ditelan, ia akan menjangkiti di mana host sendiri tidak tahu akan jangkitan tersebut kerana tiada simptom. Tetapi jika anda sering mengalami sakit usus dan cirit-birit yang kerap, segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Microsporidia
Kulat parasit tunggal ini dapat menjangkiti sejumlah makhluk termasuklah manusia. Jika host lemah, kulat ini boleh membiak tanpa gejala dan tidak berbahaya. Parasit yang berbentuk spora ini sering hidup di dalam ikan. Miscisporidia hanya dianggap protists pada mulanya dan walau bagaimanapun genomes mereka menyerupai kulat lebih daripada eukaryotic organisms.
Ada pelbagai lagi parasit yang boleh menjangkiti kita tanpa diketahui. Jangkitan parasit ini didiagnosis di makmal melalui ujian darah, pemeriksaan najis untuk mengesan telur parasit dan melalui microscopy. Jangkitan parasit ini sangat serius tetapi pemeriksaan dan rawatan awal dapat mengelakkan daripada perkara buruk berlaku.