Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sikap kaki makan, apatah lagi kalau menu tersebut sememangnya sedap dan berbaloi untuk di cuba.
Antara banyak-banyak jenis menu yang menjadi kegemaran rakyat tempatan kita, roti merupakan antara tarikan utama di Malaysia.
Dan ini beberapa lokasi yang menjual roti sedap untuk dinikmati, ada yang hingga kena beratus panjang! Jom kita terjah lokasi yang menjual roti kegemaran rakyat tempatan ini.
Roti Paung Che Wan
- Foto – Arkib Wanista
Roti Paung Che Wan ini merupakan resepi turun-temurun keluarga Che Wan dari Terengganu, dan roti paung ini sememang merupakan roti kegilaan ramai peminat roti paung di Terengganu.
Kini yang duduk luar dari Terengganu boleh menikmati roti lazat ini dengan memesan secara dalam talian kerana roti paung Che Wan memiliki banyak cawangan, dan kamu hanya perlu tunggu roti paung Che Wan sampai di depan pintu rumah.
Lokasi: Kampung Banggol, 21070 Kuala Terengganu, Terengganu.
Sosial Media: Facebook, Instagram,
Nombor Telefon:
- Terengganu (HQ) – 012-9546 878
- Kuala Lumpur – 010-2833 025
- Nilai – 016-2080 716
- Bangi – 017-2080 262
Roti Kaya Yunus
- Foto – Arkib Wanista
Roti Kaya Yunus ini terkenal dengan penghasilan roti benggali dengan variasi inti yang lazat seperti kacang merah, kaya, dan juga kelapa.
Roti benggali yang dihasilkan ini cukup terkenal di sekitar Teluk Intan, bagi yang nak mencuba bolehlah mencubanya dengan memesan secara dari agen Roti Kaya Yunus mengikut cawangan nanti.
Lokasi: Lot 8623, Kampung Padang Tembak, 36000 Teluk Intan, Perak.
Sosial Media: Facebook, Instagram,
Nombor Telefon:
- Agen Kuala Lumpur – 017-5756 525
- Agen Seri Petaling/Seri Kembangan/KL Sentral/Sungai Besi – 018-2073 667
- Agen Bangi – 012-6404 683
Roti Tempayan Pasir Pekan
- Foto – Arkib Wanista
Untung siapa yang duduk di Pasir Pekan, Kelantan, kerana dapat menikmati roti tempayan yang sedap dan menyelerakan di sana.
Memang berbaloi cuba roti tempanyan ini, rasa roti yang lembut sambil cicah dengan kari kambing, kari urat keting, kari kaki kambing dan pelbagai jenis aneka gandingan kuah menjadi tarikan untuk pengunjung rasai.
Lokasi: Dekat Bulatan Jalan Pasir Pekan, 16250 Wakaf Baharu, Kelantan.
Sosial Media: Facebook,
Nombor Telefon: Pasir Pekan, Kelantan – 014-5022 569
Roti Canai Pelangi Warung Damyati
- Foto – Arkib Wanista
Pernah makan roti canai pelangi di kampung Sungai Yu, Selangor? Warung Damyati di kampung Sungai Yu, Selangor menyajikan roti canai yang berwarna-warni kepada pengunjungnya.
Memang menarik dan berbaloi untuk dicuba, terutama yang jenis kaki travel dan suka mencuba makanan unik dan baru.
Lokasi: Lot 2430 Kampung Sungai Yu 1, 45000 Kuala Selangor, Selangor.
Sosial Media: Facebook,
Nombor Telefon: 012-2348627
Roti Jala D’Raja
- Foto – Arkib Wanista
Suka makan roti jala? Kalau ianya makanan kegemaran kamu, nah kamu patut cuba roti jala d’raja ini banyak feedback dan review positif diberikan bagi yang telah mencuba roti jala ini.
Bukan itu saja, roti jala ini juga digandingkan dengan aneka jenis kuah yang lazat, wajib cuba kalau kamu penggemar roti jala sejati.
Lokasi: No 6, Jalan Kurau 17/13, 40200 Shah Alam, Selangor.
Sosial Media: Facebook, Instagram,
Nombor Telefon: 013-9021 556
Jadi bagi yang berminat nak cuba merasai aneka roti yang sedap dan lazat ini, bolehlah terjah kedai-kedai yang penulis kongsikan di atas.
Selamat mencuba♥