“Bagaimana awak mendapat nombor telefon ini?”
Siapa sangka dengan hanya satu panggilan rawak sahaja boleh menjadi langkah pertama dalam kisah percintaan? Seperti Joe Biden dan isterinya, Dr Jill Biden, kisah mereka percintaan pun bermula gara-gara panggilan telefon daripada Joe.
Joe Biden (33 tahun) yang merupakan senator Amerika Syarikat pada masa itu, telah berjumpa dengan Jill (24 tahun) yang merupakan seorang senior kolej. Kedua-dua mereka pernah berkahwin sebelum berjumpa.
Awal Percintaan
Isteri dan anak perempuan Joe meninggal dalam kemalangan kereta pada tahun 1972 telah menjadikannya seorang duda dan mempunyai dua anak lelaki, manakala Jill bercerai dengan suaminya ketika dia masih dalam junior year.
Mereka yang kemudiannya berjumpa disebabkan pertemuan yang diatur oleh abang Joe, Jacobs.
“Saya seorang senior, dan saya pernah dating dengan lelaki yang hanya memakai seluar jeans, clogs dan T-shirts, tetapi Joe hanya memakai jaket sukan dan loafers! Saya hanya fikir ‘Ini tidak akan berjaya walaupun dalam sejuta tahun'”, ujar Jill.
Perbezaan usia antara mereka telah mengubah perspektif Jill tetapi setelah mereka menonton filem ‘A Man And A Woman‘ di pawagam di Philadelphia, dan sejak itu Jill mula sukakannya.
“Ketika pulang ke rumah, kami berjabat tangan dan ucap selamat malam. Saya terus naik memanggil ibu saya pada pukul 1 pagi dan memberitahunya saya telah berjumpa dengan lelaki idaman saya”, ujarnya.
Jill memikirkan itu hanya helah sahaja apabila Joe ingin berjumpa lagi sambil melihat kalendarnya, “Hari Khamis saya sangat sibuk… Jumaat pun begitu, jadi bagaimana kalau kita berjumpa esok?”
Alam Perkahwinan
Dalam memoir, Promises to Keep: On Life and Politics, Joe berkata hubungan mereka sangat mudah apabila isu perkahwinan bukan menjadi keutamaan kerana Jill baru sahaja memulakan kariernya.
“Kami berdua sangat gembira dengan situasi itu dan saya menunggu masa untuk memperkenalkan anak saya, Hunter dan Beau Biden”, ujar Joe yang memasukkan rancangan itu dalam date mereka.
Memikirkan anak-anak lelaki Joe pernah kehilangan ibu dan adik perempuan, Jill tidak terburu-buru dan tidak mahu mereka kehilangan ibu sekali lagi.
Menolak lamaran Joe sebanyak lima kali, Jill akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengannya. Jill yang sangat menyayangi anak lelaki Joe mengambil keputusan itu setelah dia yakin untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu.
Mereka mengadakan upacara perkahwinan di United Nations chapel dan majlis resepsi di Sign of the Dove, New York. Semasa bulan madu, Joe dan Jill tidak meninggalkan malah membawa anak-anak lelakinya bersama mereka.
Kelahiran Anak Perempuan
Pada tahun 1981, pasangan tersebut telah menyambut kelahiran anak perempuan mereka, Ashley Biden. Ashley yang merupakan anak perempuan bongsu selepas kematian Naomi iaitu anak perempuan bersama isteri pertama Joe.
Menerusi kelahiran Ashley, abang-abangnya sangat menyayangi dan saling menjaganya. Melihatkan situasi ini, Jill mengatakan keluarga mereka sangat lengkap dan bahagia.
Didiagnos Penyakit Dan Kematian Anak Lelaki
Pada tahun 1988, Joe telah didiagnos dengan dua brain aneurysms dan telah menjalani dua pembedahan.
Sebulan selepas dua pembedahan dijalankan, Joe dimasukkan ke hospital untuk rawatan pulmonary embolism. Beliau telah ditahan di hospital selama seminggu selepas rawatan darah beku di paru-paru telah berjaya.
Pada tahun 2015, Beau Biden telah menghembuskan nafas terakhirnya akibat barah otak. Pernah menerima rawatan chemotheraphy dan pembedahan tetapi kanser itu masih lagi muncul.
Pemergian Beau membuatkan Joe dan Jill berasa sangat kehilangan dan seluruh keluarga mereka bersedih atas pemergiannya.
Penyokong Setia
Jill yang dilihat sentiasa berada di sisi Joe ketika pengumuman pencalonan untuk memegang jawatan sebagai presiden.
Dari tahun 1987 hingga kini, Jill tidak pernah berganjak malah sering memberikan sokongan kepada suaminya untuk terus maju.
Dalam pada masa yang sama, Joe juga memberikan sokongan kepada isterinya ketika meneruskan pelajaran sehingga peringkat PhD. Semasa bergraduasi, Joe sendiri yang menyerahkan gelaran doktor kepada Jill.
Perkahwinan mereka selama 40 tahun membuatkan Jill dan Joe telah menjalani kehidupan yang sangat bahagia dan saling memberikan semangat antara satu sama lain sebagai kunci perkahwinan yang kekal.
“Cinta membuatkan kita menjadi lebih fleksibel dan bertahan, kerana ia menyatukan semua orang, memberi makna dan perlindungan iaitu rumah kepada setiap orang. Dengan cinta dan faham menjadikan ia sebuah tindakan kebaikan yang kecil.”