Berasal daripada perkataan Bahasa Cina iaitu rénshēn yang bermaksud akar tumbuhan berbentuk manusia. Tumbuhan renek ini membesar di kawasan yang mempunyai iklim sejuk dan sub-tropika.
Perkaitan ginseng dengan perubatan bagi lelaki sangat terkenal dalam mengatasi masalah seksual pada zaman dahulu mahupun sekarang. Ginseng Korea atau Asia dikenali dengan Panax Ginseng iaitu ginseng yang terbaik di dunia.
Mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan, ginseng ini kaya dengan antioksidan, vitamin dan mineral. Ianya harus dituai 6 tahun ke atas bagi mendapatkan hasil yang maksimum.
Jadi apakah manfaat ginseng Korea dalam mengatasi masalah seksual lelaki?
#1 Menambah Stamina Dan Kepuasan Seksual
Sejak dahulu lagi, orang Asia telah meneroka kelebihan ginseng untuk meningkatkan tenaga batin. Ginseng dipercayai telah meningkatkan stamina ketika melakukan hubungan intim dengan pasangan.
Hanya beberapa kajian sahaja yang dapat menunjukkan perkaitan manfaat ginseng dalam meningkatkan stamina dan kenikmatan hubungan intim.
Kajian daripada Amerika Syarikat menyatakan ginseng berkemungkinan dapat membangkitkan ghairah seksual. Tetapi penyelidik belum dapat mengetahui dengan tepat bagaimana ginseng boleh menghasilkan kesan ini.
#2 Disfungsi Ereksi (ED)
Menjadi salah satu alternatif untuk merawat disfungsi ereksi dalam kalangan lelaki, ia dapat melindungi daripada tekanan oxidative pada saluran darah dan tisu zakar serta mengembalikan fungsi normal kepadanya.
Ginseng juga mendorong pengeluaran nitric oxide iaitu meningkatkan kelonggaran otot pada zakar dan peredaran darah.
Satu kajian mendapati lelaki yang dirawat dengan ginseng Korea mempunyai peningkatan (60%) dalam rawatan ED berbanding dengan ubat-ubatan (30%) yang digunakan bagi merawatnya.
#3 Peningkatan Kesuburan
Walaupun masih perlukan kajian yang lebih lanjut pada manusia, tetapi penyelidik daripada Amerika Syarikat membuktikan peningkatan kesuburan dapat berlaku.
Kajian telah dilakukan di antara ginseng dan haiwan yang membuktikan tahap kesuburan yang sangat tinggi apabila kualiti dan jumlah sperma meningkat.
#4 Atasi Ejakulasi Pramatang
Pelbagai ramuan yang dicampurkan dengan ginseng dibuktikan lebih bermanfaat berbanding dengan ubat-ubatan biasa.
Penggunaan ginseng dalam rutin diet harian dapat membantu lelaki untuk elakkan daripada ejakulasi pramatang berlaku ketika hubungan intim.
Walau bagaimanapun, penyelidikan masih lagi dilakukan untuk membuktikan tahap keberkesanan rawatan ginseng untuk ejakulasi pramatang dalam kalangan lelaki.
Digunakan Dalam Diet
Akar ginseng boleh dimakan dalam pelbagai cara, sama ada mentah atau kukus untuk melembutkannya. Ginseng juga boleh direbus untuk diminum bersama teh atau dijadikan sup.
Selain menggunakan ginseng mentah, kamu juga boleh dapatkannya dalam bentuk serbuk, tablet, kapsul dan minyak. Mulakan dengan dos yang rendah dan tingkatkan dos tersebut mengikut keperluan dari masa ke masa.
Mengikut keadaan dan nasihat daripada doktor jika anda ingin mengambil dalam bentuk tablet dan seangkatan dengannya. Ini kerana ginseng boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan tertentu yang boleh menyebabkan kesan sampingan yang berbahaya.
Jika anda ingin mendapatkan ginseng Korea atau Panax Ginseng ini, beli daripada kedai-kedai ubat tradisional atau pusat perubatan yang sah bagi mendapatkan ginseng yang berkualiti. Selamat beramal!