Liang pori yang tersumbat, memang boleh binasakan penampilan kita.
Percaya atau tidak, persekitaran sekeliling yang berdebu ditambah pula dengan peluh, minyak kulit serta alat solek yang disapu ke wajah boleh menyesakkan lagi liang pori dan dari situlah punca sebenar kemunculan bintik hitam dan putih atau lebih dikenali sebagai blackhead serta whitehead.
Jadi, penyelesaian biasa yang dilakukan ramai dalam menghapuskan whitehead dan blackhead adalah dengan penggunaan pore strip.
- Foto – Allure
Pore strip adalah sejenis pita berpelekat untuk hidung (dicipta atas tujuan bagi menarik keluar kotoran tersumbat seperti whitehead dan blackhead). Namun, ia cuma akan melekat pada kulit setelah bahagian kulit itu dibasahkan dengan air.
Ternyata terdapat beberapa kesan sampingan dan nuansa disebalik penggunaan pose strip, dan percayalah hanya indah khabar saja.
Tidak Dapat Menghapuskan Whitehead/Blackhead
Pore strip tidak dapat menghapuskan penampilan whitehead dan blackhead. Ia juga tidak akan mengurangkan pengeluaran minyak. Itu sebab anda dapat lihat ianya muncul semula tidak lama kemudian. Pore strip hanya menarik di bahagian luar kulit.
- Foto – Brightside
Ahli dermatologi mencadangkan penggunaan pore strip berulang kali. Ini boleh dilakukan sekali atau dua kali seminggu untuk mengelakkan blackhead dan whitehead.
Pore Strip Tidak Memberikan Pembersihan Yang Mendalam
Ahli dermatologi mengatakan bahawa pore strip sebenarnya tidak akan menjadikan liang hidung anda bersih. Pelekat yang kuat hanya menghilangkan lapisan atas sel kulit mati dan banyak kotoran masih ada di dalamnya. Jadi, anda mungkin memerlukan prosedur pembersihan yang mendalam.
Pore Strip Boleh Menyebabkan Iritasi Kulit
Pakar mengatakan bahawa jika anda mempunyai kulit sensitif, pore strip boleh merengsa, bahkan merosakkan kulit. Ini berlaku kerana pelekat boleh mengeluarkan beberapa bulu dan merosakkan kulit anda.
Selain itu, lebih baik periksa dan lihat sama ada anda mempunyai alahan pada pelekat. Contohnya, anda boleh mencubanya terlebih dahulu ke tangan anda.
Ingat penggunaan sekali pore strip tidak boleh hapuskan bintik. Jadikan ia sebagai rutin untuk hasil efektif. Pertimbangkan peraturan berikut setiap kali melakukan rutin pore strip.
Tuam Wajah Selama 10 – 20 Minit
- Foto – Fashion Style Nigeria
Air panas dan wap boleh melonggarkan sebum di dalam liang roma. Cukup dengan tuamkan wajah kira-kira 1- hingga 20 minit sebelum melakukan rutin pore strip, atau sekadar sapukan tuala panas di wajah. Cara ini membuatkan pori-pori akan terbuka lebih lebar dan lebih mudah untuk menghilangkan bintik.
Urut Dengan Kiub Ais
Urut wajah dengan kiub ais selepas menggunakan pore strip. Pore strip yang melekat dapat menjadikan pori-pori kelihatan lebih besar setelah menarik keluar bahagian atas bintik. Ini mungkin menjadikan liang anda lebih sensitif terhadap jangkitan.
- Foto – Beauty Blog
Ini akan membantu anda menutup liang pori anda. Sekiranya anda tidak menyukai prosedur ini, hanya bilas wajah anda dengan air sejuk.
Sebelum nak guna pore strip, cuba test terlebih dahulu… takut kulit anda cepat sensitif dan ini akan memberi reaksi yang hanya merosakkan kulit. Tanya pakar cara terbaik uituk menghilangkan whitehead dan blackhead jika pore strip tak berkesan.
Selamat Beramal!