Ayam goreng paling pedas Wanista makan setakat ini!
Marrybrown kini memperkenalkan menu ‘MB Mala Fried Chicken.’ Bermula dari 28 Oktober 2020 hingga 13 Disember 2020, menu ini menjamin kepuasan terutama kepada penggemar rasa pedas.
Lada Sichuan Yang Berapi
Hidangan terbaharu Marrybrown merupakan gabungan meletup lada Sichuan yang diperap dengan cili kering khas. Peminat Mala dapat menikmati kehangatan berbisa pada gigitan pertama ayam goreng MALA-tup yang menjanjikan rasa pedas yang memukau.
- Kombo Ayam Goreng. Foto – Arkib Wanista
“Ketika mencipta menu ini, kami di Marrybrown berusaha untuk memastikan rasa Mala dipadankan secara seimbang dengan rempah ratus lain untuk citarasa yang lebih lazat dengan tahap kepedasan yang tepat dan tidak terlalu kuat,” kata Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.
Empat Hidangan Berbeza
Hidangan MB Mala Fried Chicken yang hangat dan pedas bukan hanya dengan satu tetapi empat hidangan berbeza. Peminat ayam goreng pedas mempunyai dua pilihan kombo iaitu Ayam Goreng 2-pc atau Ayam Goreng 3-pc, kedua-dua kombo dihidangkan bersama Mashed Potato dan Vegetable Salad.
- Kombo Bubur Ayam Mala. Foto – Arkib Wanista
Bagi yang inginkan kepedasan sederhana, cuba Kombo Bubur Ayam MALA dimana sesuap bubur dapat menghilangkan rasa bisa kepedasan Ayam Goreng Mala.
Bagi mereka yang berani menyahut cabaran untuk pengalaman Mala sepenuhnya, pilihan keempat, Mala Box Meal adalah pilihan terbaik dengan gabungan Ayam Goreng Mala, Chicken Burger, Vegetable Salad, dan gegelang bawang rangup yang digemari ramai.
- Male Box Meal. Foto – Arkib Wanista
Harga bermula dari RM14.60 dan ke atas, setiap hidangan kombo disajikan bersama Coca-Cola yang menyegarkan untuk mengatasi kehangatan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari, Facebook MarrybrownMalaysia, Instagram Marrybrownmy, Twitter MarrybrownMY.