Kalau wanita lain pilih berlian, Kamala Harris nampaknya lebih suka mutiara.
Setiap kali anda melihat Kamala Harris, perhatikan setiap aksesori yang dipakainya. Pasti ada perhiasan berasaskan mutiara sebagai pelengkap gaya. Mutiara sinonim dengannya, malah sudah sebati dalam fesyennya yang berkaliber serta karisma.
- Foto – Time
Wanita 56 tahun ini merupakan peminat mutiara, jarang sekali tanpa seutas rantai leher mutiara hitam atau putih yang melengkapkan penampilan effortless beliau.
Sama ada mengenakan pantsuits, atau sekadar tee bersama jeans, mesti ada perhiasan mutiara – subang atau rantai.
Simbolik Mutiara Kamala Harris
Perhiasan mutiara yang dipakai Kamala Harris ternyata ada kisahnya. Kamala Harris merupakan gradaun Universiti Howard pada tahun 1986. Di sana, beliau adalah anggota persatuan Alpha Kappa Alpha (AKA), yang menggunakan mutiara sebagai simbol.
“Mutiara mewakili kehalusan dan kebijaksanaan. Kami melatih wanita muda untuk menjadi pemimpin dan memastikan mereka mempunyai kebijaksanaan untuk memimpin … dan itu sesuai dengan makna sebenar Alpha Kappa Alpha,” jelas Glenda Glover, presiden Alpha Kappa Alpha dan presiden Tennessee State University.
Variasi Mutiara Dalam Koleksinya
Lama kelamaan, mutiara menjadi lambang dan signature dalam setiap fesyen peribadinya.
- Foto – Arkib Wanista
Beliau sering dilihat mengenakan mutiara putih klasik tetapi kadang-kadang menukar kalung mutiara hitam, mengikut citarasa dan perkembangan terkini. Tapi yang pasti, mutiara terlalu peribadi untuknya, dan sangat bermakna.
Mutiara Adalah Abadi Dan Klasik
Fakta mutiara adalah bersifat abadi dan klasik. Mungkin kerana itu Tun Siti Hasmah juga antara peminat rantaian mutiara.
- Foto – Arkib Wanista
Mutiara adalah simbol kesempurnaan, kesuburan dan umur panjang. Kilauannya sering dianggap simbol bulan, tersembunyi di dalam cangkerang tiram, mutiara miliki sifat feminin dan misteri yang menarik untuk diterokai.
- Foto – Arkib Wanista
Dalam banyak-banyak perhiasan diri, mana satu paling anda suka? Emas? Berlian? Tembaga?