Selama enam tahun tiada khabar dan tidak meninggalkan apa-apa jejak, Srirasmi Suwadee iaitu bekas isteri ketiga Raja Thailand telah tersebar baru-baru ini.
Raja Maha Vajiralngkorn yang telah berkahwin dan bercerai beberapa kali, telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Srirasmi pada tahun 2001 sehingga 2014 yang disebabkan oleh beberapa perkara yang menyebabkannya diusir daripada istana.
Kini, Srirasmi yang ditahan di sebuah rumah mengambil keputusan untuk menjadi seorang biarawati. Srirasmi terpaksa meninggalkan anaknya ketika dia dan keluarganya didapati melakukan jenayah terhadap keluarga diraja Thailand.
Ramai yang tidak tahu siapakah bekas isteri ketiga Srirasmi Suwadee dan apakah yang dilakukannya sehingga diusir keluar daripada istana, jadi ini antara serba sedikit mengenainya.
Muncul Dalam Video Kontroversi
Ketika Srirasmi dan Raja Thailand pada ketika itu masih lagi menjadi putera sedang meraikan ulang tahun anjing mereka, Fufu pada tahun 2007.Dalam video tersebut, mereka menggelarkan Fufu sebagai Panglima Udara ketika sambutan itu berlangsung.
Srirasmi yang dilihat dalam pakaian yang tidak sopan, telah memakan kek daripada bekas makanan anjing di lantai. Pada ketika itu, Thailand dikhabarkan dirampas oleh kuasa tentera.
Dilucutkan Gelaran Kerajaan
Pada tahun 2014, bapa saudaranya dan keluarganya disabitkan dengan beberapa kesalahan besar yang melibatkan keadaan negara. Mereka melakukan lèse-majesté atau dikenali sebagai memfitnah monarki iaitu perbuatan jahat yang melampau di Thailand.
Membuat fitnah atau menyebarkan tentang keluarga diraja boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun. Ibu-bapa Srirasmi yang mengaku bersalah pada tahun 2015 telah dijatuhkan hukuman penjara dua setengah tahun.
Manakala bapa saudaranya yang dituduh melakukan penyeludupan dan pemerasan selain lèse-majesté dijatuhkan hukuman penjara lebih daripada 30 tahun dan ketiga-tiga saudaranya dihukum sebanyak lima setengah tahun penjara.
Kesan daripada situasi ini, Srirasmi telah diceraikan oleh Raja Maha dan dilucutkan gelaran puterinya.
Tinggalkan Anak
Pada usia anaknya 9 tahun, Srirasmi diusir keluar daripada istana dan dipaksa untuk tinggalkan anaknya bersama Raja Maha. Dilahirkan sebagai satu-satunya anak lelaki dalam keluarga diraja, Putera Dipangkorn Rasmijoti dijangka menjadi raja seterusnya.
Sejak diusir, ramai yang tidak pasti sama ada dia dibenarkan atau tidak untuk bertanya khabar dengan puteranya.
Menjadi Tahanan Di Sebuah Rumah
Sudah lama tidak dilihat di khalayak ramai, keluarga Diraja Thai telah mendedahkan beberapa gambar Srirasmi yang ditahan di sebuah rumah terletak di Ratchaburi, wilayah tengah Thailand.
Penampilannya yang serba baharu menunjukkannya dia sedang menjalani kehidupan dengan lebih baik. Masih kelihatan cantik walaupun dibotakkan kepala dan memakai serba putih, namun matanya menceritakan segala yang ditanggungnya.
Srirasmi yang tinggal di sebuah rumah yang kelihatan tidak selesa, tidak dibenarkan untuk menggunakan bilik mandi dalam rumah tersebut.
Tanda pada tandas luar rumah bermaksud, Srirasmi perlu belajar erti ‘cukup’, yang membuatkan raja meningkatkan tahap seksaannya.
Menjadi Salah Satu Daripada Corak Raja Thailand
Raja Maha Vijaralongkorn sering berkahwin dan bercerai. Raja Thai yang telah berkahwin dengan isteri pertama iaitu sepupunya pada tahun 1991 tetapi bekas isterinya masih memegang gelaran sebagai anggota keluarga diraja.
Isteri keduanya diceraikan selepas dua tahun berkahwin pada tahun 1994 dan menyebabkan dia terpaksa melarikan diri ke Amerika dengan anak-anaknya.
Srirasmi yang merupakan isteri ketiga juga dicerai selepas 14 tahun perkahwinan disebabkan keluarganya melakukan lèse-majesté yang menyebabkannya diusir dan dipisahkan dengan anak lelakinya.
Walaupun keadaan Srirasmi tidak begitu bernasib baik, tetapi ramai yang gembira melihat dirinya selepas beberapa tahun menghilang tanpa khabar berita.