Untuk membina keluarga dan rumahtangga yang bahagia suami dan isteri harus bersama-sama bekerja keras untuk saling melengkapi antara pasangan.
Bukan itu saja, suami isteri juga harus menunjukan penghargaan terhadap pengorbanan yang dilakukan oleh pasangan masing-masing. Dengan ini, rumahtangga akan jadi lebih harmoni dan hubungan juga jadi lebih intim dan rapat.
Wanita mungkin banyak ideanya untuk menunjukan penghargaan mereka terhadap suami tercinta, tapi bagaimana pula dengan orang lelaki?
Bagi para suami yang tak idea bagaimana nak tunjukan penghargaan terhadap isteri, kamu boleh ikut cara ustaz Ebit Lew bagaimana dirinya menunjukan penghargaan terhadap bidadarinya.
#1 Memberi Jambangan Bunga
- Foto – Arkib Wanista
Meski ustaz Ebit Lew sentiasa sibuk, tetapi dirinya tidak pernah lupa pengorbanan bidadarinya di rumah. Demi untuk menunjukan betapa sayang dan menghargai pengorbanan isterinya itu dalam mengurus rumahtangga ustaz Ebit Lew memberi jambangan bunga untuk isterinya.
#2 Dating Berduaan
- Foto – Arkib Wanista
Luangkan masa untuk berduaan bersama dengan isteri kalau sibuk sangat, dating di rumah pun boleh. Macam ustaz Ebit dan isterinya, dating di rumah sudah cukup membahagiakan hati isteri.
#3 Belikan Hadiah
- Foto – Arkib Wanista
Bila keluar berjalan dengan isteri perhatikan pandangan matanya, biasa apa yang di pandang itu merupakan barang yang sang isteri berkenan.
Selain itu, para suami juga boleh membelikan aksesori seperti cincin, gelang tangan atau rantai sebagai hadiah untuk memberi kejutan kepada isteri.
Macam ustaz Ebit Lew, dirinya menghadiahkan cincin sebagai tanda penghargaan dan sayangnya kepada isteri tercinta.
#4 Bawa Keluar Berjalan-Jalan
- Foto – Arkib Wanista
Luangkan masa dengan bawa isteri dan anak-anak keluar berjalan-jalan, dengan berlibur bersama dapat membahagiakan hati si isteri dan juga anak-anak.
Contohi ustaz Ebit Lew, meski sibuk tetap mempunyai masa untuk berlibur bersama keluarga tersayang. Ini juga merupakan salah satu cara untuk menunjukan betapa kamu sebagai suami, menghargai penat lelah isteri dalam mengurus anak dan diri kamu sendiri.
#5 Buat Majlis Kejutan Untuk Isteri
Tak susah sebenarnya nak tunjukan tanda penghargaan kepada isteri, sekali sekali buat majlis kecil dan makan-makan di rumah pun dah cukup menyenangkan dan menggembirakan hati isteri.
Macam ustaz Ebit dirinya membuat majlis kejutan semasa sambutan ulangtahun kelahiran si isteri, memang romantik dan pastinya kejutan yang diberi membuatkan hati sang isteri tersentuh.
- Foto – Arkib Wanista
Suka betul tengok cara ustaz Ebit Lew tunjuk tanda penghargaan terhadap isteri tercintanya, nah para suami di luar sana bolehlah ambil sikit idea macam mana ustaz Ebit layan isterinya.
Yang penting apa jua cara yang kamu buat untuk menunjukan tanda penghargaan kepada isteri, adalah ikhlas dan mengerti penat lelah isteri sepanjang menjadi suri dalam hidup kamu.