Mesti anda sering mendengarkan perkataan “cute“, “sweet” dan lain-lain yang digunakan untuk describe gadis yang mempunyai bentuk badan petite atau mungil.
Bagi mereka mudah untuk mengatakan gadis mungil ini mudah untuk memakai apa jenis pakaian dan kasut kerana bentuk badan mereka yang kecil ini muat dalam pelbagai saiz.
Walaupun semua saiz boleh dipakai oleh gadis mungil, tetapi dalam konteks kasut sebenarnya ia sangat rumit kerana tak semua jenis kasut boleh dipakai kerana ia boleh menampakkan lebih pendek.
Daripada anda yang bertubuh mungil ini terus membazir beli kasut yang salah dan tak sesuai, ini antara kasut yang kamu wajib elak daripada beli!
High-Top Sneakers
Ringkas dan sangat popular pada masa sekarang, tetapi high-top sneakers ini hanya sesuai untuk bentuk badan yang tertentu sahaja.
Malangnya ia tidak sesuai untuk gadis mungil. Kasut yang menutup keseluruhan kaki sehingga ke batas pergelangan kaki akan membuatkan penampilan anda kelihatan serba tak kena dan semakin pendek.
Ankle Straps
Kalau anda rasa ankle straps memberikan visual kaki yang panjang, sebenarnya anda salah! Tidak memberikan visual kaki panjang malah membahagikan bahagian kaki anda menjadi lebih pendek.
Ketinggian anda yang sudah rendah, akan menjadi lebih rendah disebabkan tali di pergelangan kaki yang memberikan looks dan bentuk badan yang kurang sesuai.
Kitten Heels
Kitten heels yang mempunyai muncung yang terlalu kecik yang menampakkan muncung kaki anda terkepit.
Bahagian tumit yang tidak lebih daripada 3 cm akan memberikan anda penampilan yang kurang menarik. Kitten heels langsung tidak memberikan visual ketinggian dan tidak sesuai untuk digayakan dalam mana-mana majlis atau situasi.
Gladiator
Walaupun kita lihat gladiator ini sangat selesa, tetapi kasut yang melilit hampir keseluruhan betis ini sangat tidak sesuai!
It’s a big no kepada gadis mungil jika anda ingin memakai kasut ini kerana jika dipandankan dengan apa-apa jenis pakaian sekalipun, ia kelihatan tidak sesuai. Bukan sahaja nampak lagi rendah, malah nampak seperti terbantut.
Clogs
Kebiasaannya, sandal slide ini diperbuat daripada material kayu dan kulit. Berbentuk separuh tertutup pada bahagian depan, ia memberikan visual yang terbantut.
Proposional badan menjadi tidak menarik apabila perhiasan studs seperti paku bulat di bahagian kiri dan kanan serta bahagian hujung kaki yang cenderung membulat dan menebal.
Flat Shoes
Menjadi rutin dalam kehidupan setiap wanita mesti memiliki flat shoes dan menjadi kasut on-the-go walau dalam apa jua keadaan.
Tetapi untuk gadis mungil, flat shoes ini membuatkan badan anda kelihatan tenggelam dan semakin mungil. Jika anda mahu juga memakai flat shoes, pilih kasut yang mempunyai kelebaran 1-2 cm untuk create ilusi pada bahagian kaki.
Wedges
Kasut yang mempunyai platform yang terlalu besar dan tebal membuatkan badan menjadi terbantut dan lebih berisi. Tidak menampakkan ilusi kaki yang panjang, wedges membuatkan kaki kelihatan sangat pendek.
Kalau anda gadis mungil yang memiliki betis yang besar, wedges ini patut menjadi kasut yang pertama anda tolak!
Susah kan? Kebanyakkan kasut yang tak sesuai dipakai itu yang menjadi pilihan. Jadi bergantung kepada kepanjangan kaki anda dan jenis kasut yang dipakai dapat mempengaruhi penampilan untuk kelihatan sempurna dan sesuai atau tidak.