Mesti anda semua tidak sabar menunggu siri Nude Blooms Edisi Terhad di mana NUDESTIX telah berkolaborasi dengan Pony Park iaitu sensasi Korea Selatan yang mempunyai lebih 7 juta pengikut di Instagram dan 5 juta subscribers di Youtube.
Pony yang sangat terkenal dalam kalangan masyarakat di sana apabila dia sendiri merupakan makeup artist yang tahu untuk menghasilkan makeup yang cantik!
Siri Nude Blooms ini merupakan koleksi kegemaran Pony yang dipilih daripada top product bagi menghasilkan makeup yang glass-skin looks serta trademark terkenalnya iaitu pink mane and dewy makeup.
Kit khas ini terdiri daripada produk NUDESTIX yang pelbagai guna pada wajah, mata dan bibir bagi mencipta satu penampilan yang lembut, cantik dan semula jadi dengan ultimate glassy glow.
Siri NUDESTIX Nude Blooms Edisi Terhad ini digunakan untuk menghasilkan matte makeup iaitu sesuai untuk warna kulit wanita Asia. Dalam siri ini, terdiri 5 jenis produk termasuk makeup pouch seperti;
-
NUDIES BLOOM – Cherry Blossom Babe
Multi-use stick ini boleh digunakan di mana sahaja untuk create kulit yang glowing, dan all-over dewy look. Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit, warna merah jambu ini menghasilkan makeup yang sweet.
-
NUDIES GLOW – Illumi-Naughty
Formula cream highlighter ini boleh digunakan sama ada sebagai cheek blush, eyeshadows dan pewarna bibir. Tekstur yang sangat ringan dan tahan lama ini boleh didapati dalam pearly white shade.
-
MAGNETIC LUMINOUS EYE – Praia
Pensel warna 4 dalam 1 ini boleh digunakan sebagai eyeshadows, eylid primer, eyeliner atau highlighter untuk kilauan yang semula jadi. Praia shade ini adalah warna pasir keemasan yang kaya dengan kilauan keemasan.
-
LIP GLACE – Nude 04
Lip gloss yang menghidratkan ini memberikan warna merah jambu yang tidak meninggalkan kesan yang melekit selepas pemakaiannya.
Menerusi siri ini dan kesemua produk NUDESTIX, mereka menggunakan bahan yang bebas kekejaman, bebas gluten, bebas pewangi, vegan dan hypoallergenic dimana bahan-bahan ini sangat selamat dan selesa digunakan pada wajah.
Menerusi siri edisi terhad ini, Pony Park menyatakan dia sangat menyukai moto NUDESTIX iaitu ‘Go Nude but Better’. “Idea untuk hasilkan siri ini adalah untuk memudahkan dan guna satu produk dalam pelbagai cara menjadi penyelesaian untuk diri saya terutamanya ketika dalam perjalanan”, ujar Pony.
Kit khas Nude Blooms yang disusun oleh Pony, BITTI dan NUDESTIX ini mengandungi mesej utama NUDESTIX sekaligus menggabungkan terms alat solek kegemaran Pony iaitu ‘MLBB’ (My Lips but Better).
Didatangkan dalam makeup pouch yang berwarna merah jambu, sama ada anda peminat Pony atau NUDESTIX, siri ini wajib anda beli! Nude Blooms by Pony Park ini boleh didapatkan di semua kedai Sephora di seluruh negara dan dijual pada harga RM305.
[BELI]