Perasan tak orang yang bijak selalunya pendiam, tidak banyak cakap, atau jenis yang introvert.
Mungkin ada yang tidak bersetuju tapi kebanyakan begitu. Mungkin kerana mereka tidak mahu menampakkan kebijaksanaan dan memilih untuk low profile.
Segelintir masyarakat tidak menyukai orang bijak kerana pada mereka orang bijak sombong, poyo, tidak boleh kalah, walhal tidak semuanya begitu. Ada yang jenis relaks, dan bertimbang rasa.
Wanista selongkar kenapa kebanyakan orang bijak bersikap pendiam. Apa sebabnya?
Masyarakat tidak menyukai orang bijak
Ini memang betul. Orang bijak dipandang pelik, ganjil, sombong, misteri, dan ramai orang cemburukan mereka.
Sebagai contoh dalam masyarakat sendiri, kita lihat orang yang kurang pandai atau ‘bodoh’ selalu membuli orang bijak, kerana si kurang pandai merasa tergugat dan menyampah akan kehadiran si bijak.
- Foto – Framesbuy
Mungkin kerana itu, rata-rata orang bijak adalah introvert. Mereka menghargai privasi, dan hanya menunjukkan diri yang sebenar kepada orang yang dekat dengannya. Ini boleh menjadikan orang bijak sukar dikenali personaliti, apatah lagi didekati.
Orang bijak sering dilihat sebagai bongkak, bangga, atau sombong
Tapi sebenarnya, ada orang bijak yang benar-benar rendah diri dan sangat peka terhadap pemikiran dan perasaan orang di sekeliling mereka.
Anda mungkin berfikir orang bijak ini mengetahui segala perkara. Tapi orang bijak tahu apa yang tidak mereka ketahui dan mereka mengakui bahawa mereka tidak tahu semuanya. Mereka melihat kekurangan diri dan berasa rendah diri.
- Foto – Glamour
Oleh kerana mereka bersikap rendah diri, jadi mereka tidak mahu menguasai segala perkara, apatah lagi menjadi “superior” daripada yang lain.
Orang bijak pendiam kerana mereka tidak berminat untuk bercakap
Itulah selalunya yang berlaku. Mereka mempunyai cara berfikir yang tersendiri yang terbukti baik. Biasanya mereka betul dalam idea mereka dan mereka mampu membuat kesimpulan dengan idea tersebut.
- Foto – NME
Segala idea bernas berada di kotak minda sehingga sukar untuk diungkapkan, dan kadang-kadang mereka merasakan orang di sekitar tidak layak mendengar ideanya.
Orang bijak membincangkan topik dengan mendalam
Disebabkan itu mereka tidak suka membuang masa dalam perbualan remeh. Orang bijak selalunya lebih berminat pada topik yang dibincangkan.
- Foto – Magazine
Sebagai contoh, mereka lebih suka pada perbincangan yang mendalam, dan cuba mengelak perbincangan kecil, yang sering bertentangan dengan minat orang lain dalam perbualan.
Orang bijak tak suka buang masa dalam perbualan remeh
Oleh kerana orang bijak membincangkan topik sangat mendalam, jadi mereka ada rasa sedikit rasa buang masa bercakap dengan seseorang yang low-level.
Perbualan antara bijak dan yang ‘biasa’ boleh berlaku, tetapi jika hal yang dibicarakan lebih mendalam, orang bijak merasa bahawa dia membuang masa, lagi pula bila orang yang biasa-biasa tidak memahami apa yang dikatakan.
- Foto -Salon
Maklum balas yang diberi pula lari daripada konteks apa yang orang bijak mahukan. Orang bijak suka bercakap pada tahap abstrak, dan mereka memerlukan orang yang tepat dapat menawarkan tahap pemahaman ini, sehingga mereka betul-betul puas hati.
Kerana itu mereka tidak suka dilabel bijak atau genius, kerana orang lain akan melihatnya dengan perasaan dengki dan benci.
Apapun ada orang bijak lebih selesa berdiam diri kerana mereka terlalu baik. Menurut pengalaman sendiri, orang bijak tidak banyak bercakap lebih baik daripada orang yang banyak bercakap. Mereka mempunyai pengetahuan dalaman bahawa perbualan itu penting bagi orang lain.
Bijak atau kurang, sama-sama kita jadi manusia yang prihatin.