Menjadi lumrah, setiap wanita mahu kelihatan cantik sepanjang masa. Berbeza bagi setiap negara, pasti setiap wanita mempunyai cara tersendiri dan rahsia untuk kekal cantik dan kelihatan muda tanpa mengira usia.
Kalau di negara yang membangun dengan teknologi, pembedahan plastik sebagai penyelesaian mereka untuk kelihatan lebih cantik dan flawless. Tetapi negara Vietnam ini lain daripada lain, dan paling penting jimat kos untuk jadi cantik.
Wanita-wanita di Vietnam hanya mengamalkan untuk makan daging tikus sahaja boleh mengekalkan awet muda. Percaya atau tidak?
Bagi kita, tikus itu kotor dan menggelikan, tetapi bagi mereka tak salah untuk mencuba dan mengamalkannya demi kecantikan. Wanita Vietnam juga beranggapan daging tikus sangat sihat dan mempunyai manfaat kepada kesihatan.
Tikus Sawah
Sudah menjadi amalan sejak dahulu lagi, bukannya wanita Vietnam ini tidak pilihan lain tetapi mereka sangat menyukainya. Untuk pengetahuan anda, tak semua jenis tikus yang ditangkap boleh dimakan.
Masyarakat Vietnam sering menjauhi tikus pekan kerana haiwan itu makan sampah di lorong dan longkang. Jadi daging mereka dianggap mempunyai racun dan sangat kotor!
Kebiasaannya, wanita-wanita dan masyarakat lain akan memakan tikus yang ditangkap di sawah. Haiwan ini dikatakan bersih kerana ia memakan padi seolah-olah seperti manusia memakan nasi.
Selamat dan lebih bersih, walaupun dianggap sebagai merosakkan tanaman padi tetapi para petani sangat menyukainya kerana daging mereka. Sebilangan besar mengatakan dagingnya manis dan sedap.
Tetapi anda jangan ingat semua jenis tikus sawah ini sama. Haiwan ini mempunyai gred yang berbeza seperti tikus berbulu coklat muda dan kepala besar mempunyai lebih banyak lemak dan lebih mahal berbanding tikus berbulu coklat gelap.
Wanita di Vietnam juga percaya daging ini mengandungi tahap essential amino acids yang tinggi, iaitu bantu pertumbuhan semula kulit untuk kelihatan lebih muda dan cantik!
Berbanding dengan zaman dahulu, tikus ini hanya dijual dari rumah ke rumah tetapi sekarang dijual secara terbuka di pasar kerana permintaan yang sangat tinggi.
Untuk 1kg daging tikus, mereka hanya perlu bayar sebanyak RM8.50 sahaja dan seseorang wanita boleh makan sehingga tujuh ekor tikus in a row.
Daging ini dimasak dalam pelbagai cara seperti goreng, kari dan juga panggang. Dalam kalangan wanita, daging tikus ini juga dimasak sebagai stew bersama herba dan sayur-sayuran kerana bagus untuk menyembuhkan tulang belakang.
Walaupun tikus dikatakan sebagai sumber protein yang bagus dan memberikan kecantikan tanpa mengeluarkan wang beribu ringgit, anda sanggup untuk kelihatan cantik dalam cara ini?