Masa menjadi kanak-kanak, kamu mesti pernah dengar cikgu atau sesiapa mengatakan “An apple a day keeps the doctor away” kan?
Pada asalnya majalah Notes and Queries menerbitkan frasa yang pertama, “Eat an apple on going to bed, and you’ll keep the doctor from earning his bread“. Dan kemudiannya frasa itu diolah menjadi, “An apple a day keeps the doctor away“.
Walaupun kajian menunjukkan tiada perkaitan antara epal dengan doktor, tetapi menambahkan epal ke dalam diet harian boleh meningkatkan kualiti kesihatan anda dalam beberapa aspek.
Jika makan epal segar, setiap gigitan boleh rasai kemanisan dan kesegarannya. Sebiji epal mengandungi pelbagai nutrien yang membantu melawan pelbagai jenis penyakit dalam jangka masa yang panjang.
Jadi apa kebaikannya dan bagaimana cara yang tepat untuk seseorang individu mendapatkan faedah yang maksimum daripada sebiji epal?
Berkhasiat Tinggi
Setengah biji epal mengandungi kebaikan nutrien yang penting seperti;
- Kalori – 95g
- Karbohidrat – 25g
- Fiber – 4.5g
- Vitamin C – 9% daripada Nilai Harian (DV)
- Copper – 5% daripada DV
- Potassium – 4% daripada DV
- Vitamin K – 3% daripada DV
Seperti yang kita tahu, Vitamin C bertindak sebagai antioksidan yang neutralkan sebatian yang berbahaya (radikal bebas) dan melindungi daripada penyakit. Dan epal juga menjadi salah satu sumber antioksidan seperti quercetin, caffeic acid dan epicatechin.
Kesihatan Jantung
Mengambil bilangan epal yang banyak dalam rutin seharian boleh mengurangkan risiko beberapa penyakit kronik seperti penyakit jantung. Sebuah kajian dilakukan dan mendapati pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran juga boleh kurangkan risiko penyakit strok.
Flavonoids dalam epal merupakan sebatian yang terbukti mengurangkan keradangan dan lindungi jantung, manakala soluble fiber pula dapat merendahkan tekanan darah dan kolestrol di mana kedua-dua ini merupakan punca terbesar penyakit jantung boleh berlaku.
Kajian lain yang dilakukan menunjukkan diet yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat melindungi daripada kanser perut, usus besar, paru-paru, rongga mulut dan esophagus.
Risiko Kanser
Terdapat perkaitan antara epal dan pembentukan kanser di mana buah epal dapat kurangkan risiko pembentukan terutamanya kanser paru-paru.
Vitamin C dalam epal berfungsi sebagai antioksidan yang menyokong fungsi imun dan melawan pembentukan kanser. Dalam mencegah tumor, epal juga dapat memulihkan kanser.
Kajian Kesihatan Jururawat mengatakan wanita di Amerika Syarikat mengambil hidangan buah epal atau pir setiap hari dapat mengurangkan risiko terkena kanser paru-paru.
Di Hawaii pula, satu kajian telah menunjukkan pengambilan epal dan bawang dapat mengurangkan risiko kanser paru-paru dalam kalangan lelaki dan wanita.
Penyakit Kardiovaskular
Memakan sebiji epal sehari dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular sebanyak 13% sehingga 22% sehari.
Dalam melindungi diri daripada pembentukan penyakit kardiovaskular, penting untuk memakan sebanyak 7 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran. Tetapi di antara buah-buahan yang dimakan, anda perlu utamakan buah epal kerana ia lebih baik.
Berat Badan
Kandungan fibers dalam epal dapat meningkatkan rasa kenyang bagi seseorang individu. Epal juga dapat mengurangkan kalori dan meningkatkan penurunan berat badan.
Anda boleh menjadikan epal sebagai snack to-go selepas makan untuk mengelakkan daripada craving makanan yang tidak sihat kepada tubuh badan.
Fungsi Otak
Mengambil epal setiap hari boleh membantu mengurangkan oxidative stress, mencegah mental decline dan melambatkan penuaan.
Selain menggunakan ubat-ubatan dan skincare dalam melambatkan penuaan, para wanita juga boleh memasukkan buah epal dalam diet harian dalam mendapatkan hasil yang maksimum!
Cara Yang Betul Untuk Makan Epal
#1 Makan Dengan Kulit
Ramai yang makan epal dengan membuang kulitnya. Kalau anda nak tahu, sebenarnya kulit epal mengandungi beberapa manfaat untuk kesihatan tubuh badan.
Menurut kajian, buah epal mengandungi antioksidan terutamanya pada kulit. Selain itu juga, kandungan fibers yang tinggi pada kulit epal dapat mencegah pembekuan kolestrol dan menjaga kesihatan jantung.
#2 Makan Secara Teratur
Memakan epal secara berkala dapat membuang racun yang berkumpul daripada hati. Menurut penyelidik daripada United Kingdom, jika memakan dua biji epal seminggu, 1/3 individu dapat mengurangkan risiko penyakit asma.
Dalam kajian berasingan, wanita hamil yang memakan epal boleh kurangkan anak mereka daripada terkena penyakit asma dalam lima tahun pertama. Tahap antioksidan yang tinggi menjadikan epal sebagai anti-asthma yang paling kuat.
#3 Kunyah Dengan Baik
Mengunyah epal yang rangup dapat meningkatkan kesihatan gusi. Pergerakan rahang yang berulang kali dapat membuatkan peredaran darah berlaku ke gusi.
Menjadi salah satu agen penyegar mulut semula jadi kerana kandungan sel-sel wangian dalamnya. Epal juga mengandungi sebatian tanin yang bantu daripada penyakit gusi berlaku.
#4 Jangkitan Perut
Jika anda mengalami jangkitan perut, makan epal untuk setiap beberapa jam. Epal mengandungi pectin yang tinggi berbanding buah-buahan yang lain.
Kalau anda cirit-birit, cuba makan buah epal. Buah ini dapat merangsang pengeluaran antibodies dan sel darah putih yang melawan penyakit serta dapat mengurangkan risiko komplikasi diabetes.
#5 Epal Segar
Epal yang baru dipetik merupakan epal yang bebas lemak, kolestrol, natrium dan tinggi fibers serta menjadi antioksidan semula jadi yang digelar polyphenols.
Buah epal juga dikatakan dapat melambatkan penuaan dalam kalangan wanita dan meningkatkan kesihatan tulang.
Walaupun tiada perkaitan epal dan doktor, tetapi memakan epal setiap hari dapat mengelakkan daripada masalah pencernaan berlaku. Selain epal, banyak lagi buah-buahan dan sayur-sayuran yang memberikan manfaat yang sama pada kesihatan.
Jadi, makan pelbagai jenis buah-buahan dan sayuran sebagai diet yang berkhasiat dan lengkap untuk badan anda!