Gelaran Miss Intercontinental New Zealand 2020 jatuh ke tangan transgender wanita iaitu Arielle Keil, transgender berasal dari Filipina ini berjaya merebut tahta Miss New Zealand pada tahun ini.
Menurut Unilad, Arielle lahir dalam keluarga jenis tradisional mereka sekeluarga tinggal di bandar Davao Filipina, kemudian terbang ke New Zealand dan menetap di sana sehingga hari ini.
Jangan lihat kejayaan yang dikecapi transgender Miss New Zealand ini penuh dengan warna-warni, sebaliknya perjalanan yang harus ditempuhi Arielle penuh dengan liku-liku kehidupan.
Keluarga Sisih Arielle Kerana Jadi Transgender
- Foto – Arkib Wanista
Membesar dalam keluarga serba tradisional, membuatkan ibu bapa Arielle sukar menerima perubahan anak lelaki mereka menjadi wanita dalam usia yang begitu muda.
Arielle mula berubah sepenuhnya menjadi transgender wanita pada tahun 2017, pada waktu itu Arielle tidak menerima sebarang sokongan dari keluarga tercinta sebaliknya disisih oleh keluarga sendiri.
Tampil Beranikan Diri Menjadi Wanita, Meski Tiada Siapa Yang Menyokong
Bukan mudah bagi Miss New Zealand ini membuat keputusan secara terbuka untuk menjadi transgender wanita, tetapi Arielle tetap beranikan diri untuk mengikut kata hati setelah berfikir kesan dan akibat terhadap jalan yang dipilihnya.
- Foto – Arkib Wanista
“Saya tahu menjadi seorang transgender secara terbuka, umpama mengumumkan kepada seluruh dunia yang saya seorang yang pelik. Tetapi saya selalu berfikir mengenai ini apabila membuat keputusan.
Apabila saya berusia 70 tahun dan sedang nazak, adakah ini sesuatu yang membuatkan saya menyesal kerana melakukannya atau tidak?
Jawapannya sangat jelas, saya telah menjalani kehidupan dalam jantina yang salah, saya tidak mahu membuang usia 20an saya dalam tubuh yang salah juga.
Dengan pemikiran sebegini ia sedikit sebanyak membantu saya untuk berterus-terang kepada ibu bapa saya, kerana saya tahu apa reaksi mereka dan ini adalah apa yang perlu saya lakukan untuk diri saya sendiri.”
Cipta Nama Sendiri Dalam Dunia Ratu Cantik
- Foto -Arkib Wanista
Selepas dibuang keluarga selepas memberitahu dirinya ingin menjadi seorang transgender wanita, Arielle bangkit berdiri atas kaki sendiri dan mula menceburi dunia ratu cantik.
Bukan mudah seorang transgender wanita bersaing dengan wanita sebenar dalam pertandingan ratu cantik di New Zealand.
Tetapi akhirnya, tahta ratu cantik New Zealand 2020 jatuh jua ke tangan Arielle dan ini membuatkan dirinya transgender pertama dari Filipina memenangi Miss Intercontinental New Zealand 2020.
Keluarga Mula Akur Dan Terima Arielle Semula
- Foto – Arkib Wanista
Kejayaan Arielle membolot mahkota Miss New Zealand diketahui ramai termasuklah keluarga Arielle sendiri, melihat kejayaan ‘anak perempuannya’ itu, ibu bapa dan ahli keluarga Arielle yang lain menerima identiti Arielle.
Ibu bapa Arielle benar-benar bangga dengan pencapaian anak mereka dan ini membuatkan mereka faham terhadap impian dan keinginan sebenar anak mereka sendiri.
https://www.instagram.com/p/CHb_OiaHg1e/
Meski bukan mudah untuk menjadi seorang transgender yang berjaya dan mendapat sokongan ahli keluarga pada awal perjalanannya, tetapi dengan masa dan keazaman dirinya berjaya membuktikan bahawa transgender juga boleh berjaya.
Dan lama-kelamaan ahli keluarga juga dapat memahami dan menerima identiti diri, Arielle berharap sesiapa yang menempuh jalan yang sama sepertinya dapat menjadi diri mereka sendiri dan tidak hidup berdasarkan pandangan orang lain.