Melakukan rawatan di klinik dermatologi mengeluarkan belanja yang banyak, tapi dengan adanya teknologi ini anda tak perlu pening kepala lagi.
Tahukah dengan peranti FAQ™, anda boleh mendapatkan garis rahang yang cantik, kulit cerah dan awet muda, serta menghilangkan kerutan dan garis halus.
FAQ™ melancarkan teknologi serbo baru yang mendatangkan manfaat mesin klinikal profesional ke dalam alat kecil. Bayangkan anda tidak perlu susah payah ke klinik untuk mendapatkan rawatan, sekarang hanya buat di rumah dan anda dapat hasil maksima.
- Foto – Arkib Wanista
Perkenalkan Peranti FAQ™ 100
Rangkaian peranti FAQ™ 100 membolehkan anda membuat rawatan yang disesuaikan khusus untuk keperluan anda. Pengguna dapat memilih tahap intensiti yang lebih kuat dan menyesuaikan tahap intensiti denyutan EMS-Pro, Power-RF dan T-Sonic™ sambil memilih LED-Pulse light pilihan mereka melalui aplikasi.
Peranti ini direka untuk memenuhi rutin rawatan peribadi anda kerana FAQ™ memahami bahawa satu penyelesaian tidak mungkin sesuai untuk semua, terutama untuk rawatan kulit dan penuaan.
- Foto – Arkib Wanista
- EMS-Pro – menguatkan dan melatih otot muka secara profesional.
- Power-RF – gelombang panas yang kuat yang mengetatkan dan mengkonturkan kulit.
- T-Sonic™ Pulsations – denyutan urutan lembut yang meningkatkan kecerahan kulit.
Reka Bentuk Yang Sangat Cool
Best ialah alat ini direka secara ergonomik agar sesuai dengan lekuk wajah, peranti genggam tanpa wayar ini diperbuat daripada silikon ultra-bersih, tidak memerlukan kabel atau barang gantian, dan boleh dicas semula menggunakan USB.
Fungsi LED-Pulse
LED-Pulse digunakan untuk merawat pigmentasi, garis halus dan jerawat, rosacea, spider veins dan warna kulit yang tidak sekata. Terapi cahaya LED menguatkan lagi rawatan peremajaan kulit.
- Foto – Arkib Wanista
Lampu LED yang berdenyut dapat menembusi lapisan dermis dengan mendalam, dan setiap warna cahaya mendatangkan manfaat yang unik kepada kulit dengan cara yang paling berkesan.
Ada Jual Di Lazada
Berminat? Dengan pelaburan sekali sahaja untuk kecantikan seumur hidup, anda dapat merasakan kekuatan peranti bertaraf profesional di telapak tangan anda!
Terdapat di LAZADA, FAQ™ 101 dijual pada harga RM1,799, FAQ™ 102 pada harga RM2,729 dan FAQ™ Diamond pada harga RM5,949 pada Disember 2020.