Tahu tak, setiap negara mempunyai warna baju penjara masing-masing dan setiap warna mempunyai maksud tersendiri.
Kalau di Malaysia terdapat tujuh warna baju penjara dan setiap warna mempunyai kategori masing-masing, tapi macam mana pula dengan negara luar?
Agaknya apa warna baju penjara di negara-negara lain ya, jom teroka di bawah!
Malaysia
- Foto – Arkib Wanista
Malaysia mempunyai tujuh warna baju penjara bagi mengklasifikasikan banduan mengikut tahap tahanan dalam penjara, berikut adalah tujuh warna baju penjara.
- Oren – belum jadi banduan, cuma tahanan lokap
- Ungu – banduan reman
- Putih – banduan tahanan bawah 6 bulan
- Merah – banduan tahanan atas 6 bulan
- Hijau – banduan pakai selepas 3 bulan
- Biru – banduan tahanan seumur hidup
- Hijau Pucuk Pisang – banduan pra bebas
- Putih / Merah – banduan akhir yang kena hukuman gantung
Colombia
- Foto – Google
Colombia juga mempunyai baju penjara dengan warna yang berbeza, bagi mengklasifikasikan banduan mengikut kategori. Berikut antara warna baju penjara Colombia dan maksudnya.
- Biru – banduan berisiko rendah dan tidak disabitkan dengan keganasan
- Oren – banduan yang disabit dengan keganasan
- Hijau – banduan yang disabitkan dengan hukuman membunuh
Australia
- Foto – Arkib Wanista
Bagi sistem penjara di Australia (boleh semak di sini) pula tidak menggunakan banyak warna untuk baju banduan seperti di negara lain, sistem penjara mereka hanya mempunyai satu warna saja.
- Hijau – semua banduan memakai warna baju yang sama
Thailand
- Foto – Arkib Wanista
Thailand juga tidak menggunakan warna yang banyak dalam sistem penjara di negara mereka, berikut adalah warna baju penjara di Thailand.
- Coklat – banduan akan pakai semasa berada di mahkamah
- Biru – banduan akan pakai semasa di dalam penjara
Filipina
- Foto – Arkib Wanista
Di Filipina, mereka mempunyai menggunakan beberapa warna bagi mengkategorikan banduan tahanan. Berikut adalah warna-warnanya.
- Oren/Tangerine – banduan tahanan paling berbahaya dengan tahanan lebih 20 tahun
- Biru – banduan tahanan umur bawah 18 tahun dan di penjara bawah 20 tahun
- Coklat – banduan menunjukan kelakuan baik dan mempunyai 6 bulan sebelum tamat tahanan
- Kelabu – banduan lokap
Banyak lagi warna-warna baju penjara di seluruh dunia ini, tapi cukup dulu dengan lima buah negara pilihan untuk mengetahui warna baju penjara di sana.