Bila berkaitan dengan pemilihan warna, ramai wanita yang susah hati kerana takut tersalah pilih warna yang boleh menyebabkan warna kulit tenggelam dan seluruh outfit nampak tidak sempurna.
Bagi wanita bertudung, kita perlu memikirkan kombinasi warna yang sesuai antara tudung dan pakaian. Anda mesti akan mengelamun di hadapan almari kerana fikir untuk memadankan pakaian dan tudung yang sesuai mengikut warna kulit.
Jadi jangan risau, semua wanita mempunyai masalah yang sama. Kali ini Wanista akan kongsikan beberapa warna yang sesuai mengikut jenis kulit anda!
Light Skin Tone
Untuk light skin tone, warna pastel sangat sesuai dipadankan dengan warna kulit ini. Warna-warna ini menjadikan kulit kelihatan sangat cantik dan glow serta dapat menyerlahkan lagi warna kulit.
Bagi yang menyukai warna yang menonjol, anda boleh mencuba warna seperti;
- Red Rubies
- Emerald Green
- Blue Sapphiere
- Royal Violet
- Cobalt
[Warna Yang Perlu Dielakkan: Beige / Camel / Taupe]
Medium Skin Tone
Warna kuning yang terdapat pada medium skin tone menjadikan mereka kelihatan menarik dan lain daripada yang lain. Untuk medium skin tone, anda boleh mencuba warna-warna ini kerana ianya membuatkan anda menjadi lebih glow!
- Beige
- Taupe
- Camel
- Olive
- Green
- Cranberry
- Teal
- Blush Pink
- Red
- Ivory
[Warna Yang Perlu Dielakkan: Pastel]
Dark Skin Tone
Anda yang mempunyai warna kulit ini boleh bereksperimen dengan pelbagai warna! Setiap warna sesuai dengan wanita yang mempunyai dark skin tone ini.
Tetapi jika anda mahu kelihatan lebih menakjubkan, warna ini perlu ada dalam senarai anda;
- Ivory
- Chocolate Brown
- Pastel
- Cobalt
- Emerald Green
- Ruby Red
- Royal Violet
[Warna Yang Perlu Dielakkan: Stark White]
Cool Skin Tone
Sekiranya anda mempunyai cool skin tone, anda boleh serlahkan kulit anda dengan warna-warna cerah dengan mudah. Masukkan warna-warna ini sebagai top list anda;
- Purple
- Lavendar
- Lilac
- Bright Blue
- Reddish Pink
- Bright Rose
- Red Rubies
- Grey
- Navy Blue
- Pristine White
[Warna Yang Perlu Dielakkan: Yellow / Orange]
Warm Skin Tone
Warna pilihan anda mestilah merangkumi warna-warna yang menghidupkan kulit anda seperti;
- Orange
- Red
- Golden Yellow
- Amber
- Green
- Blue
- Turquoise
- Taupe Latte
- Brown
- Cream
- White
[Warna Yang Perlu Dielakkan: Icy Shade / Bright Red]
Neutral Skin Tone
Bagi anda yang mempunyai neutral skin tone, warna-warna terang perlu dielakkan. Anda boleh memilih warna yang tidak terlalu terang dan kusam seperti;
- Grey
- Off-White
- Taupe
- Placid Blue
- Sage Green
- Dusty Pink
[Warna Yang Perlu Dielakkan: Neon]
Wheatish Skin Tone
Untuk wheatish skin tone ini, anda sesuai memakai warna yang bold tetapi ramai wanita tidak berani untuk memakai warna gelap dan bold.
Bagi yang ingin mencuba warna yang dapat menonjolkan warna kulit, anda boleh mencuba warna;
- Smokey Blue
- Forest Green
- Golden
- Grey
- Magenta
- Orange
- Dark Olive Green
- Emerald Green
[Warna Yang Perlu Dielakkan: Silver / Light Purple / Pink]
Selepas ini, kalau anda ingin memilih warna tudung, pastikan warnanya tidak membuatkan kulit wajah kelihatan kusam dan pucat. Bereksperimen dahulu sebelum anda keluar untuk tidak rosakkan penampilan anda seharian. Selamat mencuba!