Tak ramai pasangan memilih untuk lari dari masalah dan tekanan rumah tangga, ramai lagi yang bertahan dengan bahagianya kerana faham atas dasar apa dia mengalah terhadap pasangan.
Tetapi berbaloikah anda mengalah dengan pasangan anda dan apa sebenarnya sebab yang membuatkan anda mengalah? Letih? Bosan? Kenapa timbulnya rasa itu?
Kali ini Wanita ingin mengupas beberapa kebab seseorang mengalah dengan pasangan.
Letih Bergaduh
Setiap kali timbul pergaduhan atau salah faham, anda selalu mengalah. Anda suka membiarkan saja dia menang kerana malas untuk bergaduh.
- Foto – Kata Ustaz
Biasanya yang mengalah akan senyap di depan pasangan tetapi dibelakang lain pula ceritanya. Hubungan macam ni tiada kejujuran dan kepercayaan antara satu sama lain dan ini amatlah bahaya.
Terlalu Cinta
Jangan tak tahu, ada isteri yang sanggup ditinggalkan berbulan-bulan tanpa nafkah kerana cinta. Ada yang menjadi mangsa keganasan suami tetapi oleh kerana pujukan suami ada yang sanggup bertahan. Mengalah begini boleh memusnahkan hidup seseorang, kerana cinta mata hati menjadi buta.
- Foto – Wow Keren
Ada juga isteri yang terlalu cintakan suami sampai sanggup mentaatinya dengan perkara yang tidak baik dan ada juga suami yang terlalu cintakan isteri sampai sanggup jadi pak turut sahaja dan tidak bertanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Takut Hilang Sesuatu
Ada suami yang mengalah kerana takut isteri minta cerai. Isteri pula mengalah kerana takut suami berpoligami. Takut tak mendapat harta suami yang beristeri ramai dengan anak yang ramai pula.
- Foto – Bidadari.MY
Mengalah kerana ugutan pasangan seolah-olah membiarkan jenayah berlaku di dalam rumah tangga. Hal ini kalau tidak dibendung dari awal, ia boleh sampai ke tahap seperti kehilangan nyawa untuk menutup kejahatan di dalam rumah tangga.
Mengalah Kerana Allah S.W.T
Masihkah ada di antara anda yang mendahulukan kepentingan Allah S.W.T di atas kepentingan diri dan pasangan?
Setiap kali anda terasa berat untuk taat dan mengalah pada pasangan dalam hal yang diperintahkan oleh Allah S.W.T, itu merupakan tipu daya syaitan yang mahu anda menjauhi Tuhan.
- Foto – Pa&Ma
Atas dasar apa sekalipun anda mengalah pada pasangan, tanyalah pada hati anda. Sampai bila mahu diam seribu bahasa sedangkan dah terang-terang anda merana. Sayang bila isteri yang mengalah kerana cinta suma melebihi cintanya pada diri sendiri.
Ingat setiap kali anda terdetik, mintalah, mohonlah, rayulah pada Allah Yang Maha Esa, kerana Dia lebih mengetahu.
Selamat Beramal!