• Latest

Jangan Buang! Air Rebusan Pasta Boleh Guna Untuk Ini…

November 13, 2020
Foto - Pinterest

7 Petanda Kamu Ambil Terlalu Banyak Gula Tanpa Sedar

February 25, 2021
Foto - Pinterest

7 Cara Kekalkan Rasa Cinta Walaupun Dah Bertahun Lama

February 25, 2021
Foto - Freepik

Seminggu Sekali Kena Ada Hari Malas, Ini Manfaat Kamu Dapat

February 25, 2021
Foto - CreativeSoul Photography

Sumpah Lawa Tema “Black Royalty”, Siapa Kata Kulit Hitam Tak Sesuai Jadi Puteri Raja

February 25, 2021
Foto - Persatuan Abang Tanjung Penang (Facebook) / Shenaz Khan (Facebook)

3 Bahan Atasi Rambut Gugur Dan Nipis Ikut Cara Orang Dahulu

February 25, 2021
Foto - Serious Eats

Inilah Kek Comel Perancis Madeleine Dan Cara Membuat

February 25, 2021
Foto - Pinterest

Kecoh Satu Dunia G-Dragon Dan Blackpink Jennie Bercinta, Tapi Betul Ke?

February 25, 2021
Foto - Ag Funder News

Demam Babi Afrika Di Sabah, Ini Yang Kamu Perlu Tahu

February 25, 2021
Foto - Allure

Becca Cosmetics Tutup Kedai Selamanya September Ini!

February 25, 2021
Foto - Times of India

Tak Sangka Aishwarya Rai Dah 47 Tahun, Ini Rahsia Dia Maintain Cantik

February 24, 2021
Foto - Pinterest

Amal Makan Gastrodia Rhizomes, 7 Pintu Rahsia Kesihatan Terbuka

February 24, 2021
Foto - Paula's Choice Singapore

Boleh Ke Setiap Hari Pakai Face Oil?

February 24, 2021
Friday, February 26, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Tips

Jangan Buang! Air Rebusan Pasta Boleh Guna Untuk Ini…

by Sofie Azizlan
November 13, 2020
5
SHARES
47
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Tak kira sama ada spaghetti, penne, spiral atau macaroni sekali pun, semua orang sukakan pasta! Tak perlu untuk ke Itali untuk makan pasta kerana anda boleh memasaknya di rumah.

Seperti yang dilakukan oleh chef-chef di kaca televisyen, mereka akan merebus pasta dengan meletakkan secubit garam di dalam air tersebut. Kemudian, mereka akan toskan pasta tetapi air rebusan pasta tidak akan dibuang malah disimpan. Kenapa ye?

Kalau anda nak tahu, air rebusan pasta tersebut akan digunakan dalam masakan kerana ia memberikan rasa yang kamu sendiri tak boleh describe kerana ia menjadi pelengkap kepada masakan pasta.

Jadi, kalau anda mahu memasak, jangan buang air rebusan pasta itu kerana selain digunakan dalam masakan, ia juga boleh digunakan untuk beberapa tujuan lain.

Tanaman 

Air rebusan pasta kaya penuh dengan kanji iaitu kaya dengan minerah dan vitamin. Kandungan dalam air rebusan pasta itu memberikan pelbagai manfaat kepada tanaman atau bunga.

Foto – Gardening

Jadi, anda boleh gunakannya untuk menyiram tanaman. Pastikan anda menyiramnya itu ketika air rebusan sudah sejuk.

Doh Pizza & Roti

Air rebusan pasta ini mengekalkan beberapa rasa dan kanji, di mana ianya memberikan rasa yang unik ketika anda menggunakannya untuk menguli doh roti atau pizza di rumah.

Foto – Arkib Wanista

Air rebusan ini juga boleh digunakan untuk membuat broths atau sup bagi memberikan rasa tambahan dalam masakan.

Mencuci Pinggan

Anda mungkin tidak tahu air rebusan ini boleh digunakan dalam mencuci pinggan kotor. Air rebusan ini tidak akan membuatkan pinggan anda susah untuk dibasuh malah kanji yang terdapat dalam air ini bertindak sebagai agen pembersih semula jadi.

IKLAN

Foto – iStock

Rendamkan seketika pinggan kotor anda dengan air rebusan ini untuk seketika sebelum membilasnya.

Kaki Sakit 

Tidak lagi perlu mengurut kaki yang sakit menggunakan minyak urut. Anda boleh gunakan air rebusan ini dengan merendamkan kaki dalamnya.

Foto – The Guardian

Panaskan air rebusan pasta ini dan letakkan dalam bekas dan tunggu sehingga ianya menjadi suam. Selepas itu, rendam kaki anda seketika. Rasa suam yang digabungkan dengan mineral daripada air rebusan ini memberikan kelegaan dan menghilangkan kesakitan.

Syampu 

Bila keluar rumah, tiba-tiba rasa rambut tak bersinar dan bermaya? Jangan risau selepas ini, rambut anda akan kembali seperti biasa.

Foto – Blog

Anda boleh ambil air rebusan ini dan rendamkan rambut di dalamnya selama 10 minit. Selepas itu, anda boleh syampu rambut seperti biasa. Lakukan selama 2-3 kali seminggu untuk lihat keberkesanannya.

Kekacang 

Kekacang memang bagus untuk badan. Tapi untuk menjadikannya lebih sedap dimakan, anda perlu lembutkannya sebelum makan.

Foto – Arkib Wanista

Sangat mudah, gantikan air biasa dengan air rebusan pasta. Rendam secara semalaman untuk biarkan kekacang menjadi sangat lembut dan mudah dimakan.

Setiap masakan mempunyai manfaatnya dan kegunaannya tersendiri. Selepas ini, kalau anda memasak pasta, simpan air rebusannya dalam bekas di dalam peti sejuk untuk guna bila perlu. Selamat mencuba!

RUJUKAN: 1, 2, 3

Tags: air rebusair rebusanair rebusan pastaair rebusan pasta untuk rambutpastarebusan pastatipstips air rebusan pasta
Share2Tweet1Send

TRENDINGMINGGU INI

Imbas Kenangan K-Drama 2020, Tatkala Berkunjung Ke 5 Lokasi Hot Spots Ini

Jangan Keliru, Ini 10 Maksud Status “Tracking” PosLaju

Jangan Buang! Air Rebusan Pasta Boleh Guna Untuk Ini…

Rahsia Untuk Kekal Sihat, Cantik Dan Gembira Dengan HappyFresh!

Resepi Koktail Susu Paling Sedap!

Elak Lakukan 10 Perkara Ini Bila Bermesej Dengan Lelaki

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.