Diwali tahun 2020 mungkin sedikit suram nak dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini. Kerana pandemik yang masih menyerang, setiap negara mengambil pendekatan mencegah dan kebanyakan melakukan kuarantin dan lockdown.
Tapi itu bukan bermakna untuk tidak berpesta, cuma kali ini lebih bersederhana. Hanya duduk di rumah menjamu apa yang mampu.
Di India misalnya, aktres yang tengah hangat dengan kontroversi mencuri perhatian netizen apabila melaram untuk Diwali.
Serba Putih Mutiara Yang Memukau
Diwali kali ini, Deepika Padukone mengenakan persalinan putih mutiara yang serba ringkas tapi nampak kelas dan klasiknya. Solekan memukau dengan smokey di mata dan lip gloss. Dandanan rambut pula sleek bersanggul, gaya signature Deepika.
- Foto – Arkib Wanista
Walaupun hanya mengenakan warna putih mutiara tapi perincian pada fabrik tetap mega, Deepika menyarung kombinasi kurta dan shahara pants yang dimodenkan. Dipadankan dengan anting-anting putih, stiletto putih, dan clutch beige yang elegan.
- Foto -Arkib Wanista
From head to toe, Deepika memang cantik. Beliau tak pernah salah dalam berfesyen!