Berbulan-bulan pandemik ini menyerang manusia dari seluruh negara dan banyak kajian serta penyelidikan dijalankan bagi menyiasat kaedah rawatan untuk menangani penularan pandemik terhadap pesakit.
Sainstis dan penyelidik berhempas-pulas mencari penawar atau vaksin yang boleh digunakan bagi merawat pesakit yang dijangkiti virus maut ini.
Tapi sehingga hari ini masih belum ada vaksin yang berjaya dihasilkan, meskipun begitu ramai pesakit berjaya pulih dari Covid-19 tanpa sebarang vaksin.
Hal ini menjadi tanda tanya, ini antara sebab mengapa pesakit covid-19 boleh sembuh tanpa penggunaan vaksin.
Sistem Imun Diri Yang Tinggi Dan Kuat
- Foto – Google
Tidak dinafikan faktor sistem imun diri pesakit yang kuat dan tinggi, menjadi faktor utama dalam proses pesakit kembali pulih tanpa sebarang ubat vaksin.
Sistem imun pesakit menghasilkan antibody sendiri, bagi meneutralkan serangan virus tersebut dalam tubuh pesakit.
Penjagaan Sokongan Yang Rapi Oleh Pihak Hospital
- Foto – Ernakulam Medical Centre
Selain sistem imun, penjagaan rapi dan sokongan dari pihak hospital amat penting bagi membantu pesakit melawan virus, pesakit yang mengalami salah kesukaran bernafas akan segera diberikan gas oksigen dan memantau keadaan pesakit dari masa ke semasa.
Penjagaan sokongan yang rapi oleh pihak hospital seperti jururawat dan doktor memainkan peranan penting memastikan pesakit kekal stabil hinggalah pesakit mampu melepasi paras bahaya.
Terapi
- Foto – Aging In Place
Pesakit yang stabil dan mula menunjukan gejala pulih akan diberikan terapi bagi memantau keadaan psikologi pesakit jika terdapat kesan lain disebabkan virus ini.
Dan terapi merupakan antara salah satu aspek penting bagi memantau kesan virus terhadap minda pesakit, ada pesakit yang berjaya sembuh menunjukan gejala anxiety dan kemurungan tetapi dengan adanya terapi yang dijalankan ke atas pesakit ia sedikit sebanyak dapat menstabilkan emosi pesakit.
Sebab itu, terapi memainkan peranan penting terhadap pesakit yang pulih dari Covid-19 tanpa sebarang vaksin dan ubat-ubatan kajian lain.
Menjaga Pemakanan
- Foto – Food Manufacture
Bukan itu, untuk menghasilkan sistem imun yang tinggi, kuat dan tubuh kekal aktif bagi melawan virus, pemakanan pesakit Covid-19 juga dititikberatkan.
Dengan pengawasan dan gaya pemakanan yang sihat juga manjadi salah satu faktor bagi membantu pesakit kembali pulih.
Sementara sainstis dan pakar pengkaji bertungkus-lumus mencari vaksin Covid-19, ini antara cara rawatan yang berjaya membuatkan pesakit pulih dari serangan pandemik yang menyerang dalam tubuh pesakit.